Hannah puji aksi cemerlang Pearly-Thinaah raih juara Terbuka Artik 2025

Hannah Yeoh
Hannah Yeoh
A
A
A

KEMENANGAN bergaya diraih gandingan wanita utama negara Pearly Tan-M Thinaah pada Terbuka Artik 2025 di Vantaa, Finland hari ini, menarik perhatian Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

Beliau melahirkan rasa gembira apabila naib juara Kejohanan Dunia 2025 itu menampilkan aksi cemerlang untuk menewaskan Rin Iwanaga-Ki Nakanishi dari Jepun 21-7, 21-9 dalam perlawanan akhir kejohanan Super 500, sekali gus meraih gelaran kedua mereka tahun ini.

"Saya sangat teruja, Pearly dan Thinaah benar-benar menakjubkan apabila berjaya menjuarai beregu wanita Terbuka Artik hari ini!

"Konsistensi menghasilkan kejayaan dan itu merupakan kekuatan pemain Road To Gold kita yang terus cemerlang dalam kejohanan tahun ini. Tahniah dan teruskan bersinar!#RoadToGold,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Ahad. 

Kejayaan hari ini juga menebuskan kekecewaan beregu wanita kedua dunia itu yang tewas pada edisi lepas kepada Liu Sheng Shu-Tan Ning dari China 12-21, 17-21.

Pearly-Thinaah muncul juara Terbuka Thailand pada Mei selain muncul naib juara pada Terbuka Jepun, Indonesia dan Masters Indonesia. - Bernama 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

 

 

 

Ringkasan AI

  • Pearly Tan-M Thinaah meraih kemenangan bergaya di Terbuka Artik 2025 di Vantaa, Finland
  • Menarik perhatian Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh
  • Mengalahkan Rin Iwanaga-Ki Nakanishi dari Jepun dengan skor 21-7, 21-9
  • Ini merupakan gelaran kedua mereka pada tahun ini
  • Menebus kekecewaan kekalahan pada edisi lepas di tangan Liu Sheng Shu-Tan Ning dari China

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!