Tiga maut, SUV bawa rokok seludup punca nahas

SUV terbabit dalam kemalangan maut membabitkan tiga kenderaan hingga meragut tiga nyawa disyaki membawa muatan rokok seludup.
SUV terbabit dalam kemalangan maut membabitkan tiga kenderaan hingga meragut tiga nyawa disyaki membawa muatan rokok seludup.
A
A
A

KOTA TINGGI – Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) terbabit dalam kemalangan maut membabitkan tiga kenderaan hingga meragut tiga nyawa di Kilometer 56 Lebuhraya Senai–Desaru (E22) pada tengah hari Sabtu, disyaki membawa muatan rokok seludup.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, lelaki tempatan berusia 32 tahun yang memandu Toyota Fortuner, cedera parah akibat nahas yang turut melibatkan Honda CRV dan Volkswagen Golf, pada kira-kira jam 11.45 tengah hari.

Menurut beliau, Honda CRV berkenaan dipandu seorang wanita tempatan berusia 25 tahun dan Volkswagen Golf dipandu seorang lelaki yang belum dikenal pasti identiti bersama tiga penumpang.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila Toyota Fortuner terbabit masuk ke laluan bertentangan.

Kemalangan itu mengorbankan pemandu serta dua penumpang Volkswagen Golf.
Kemalangan itu mengorbankan pemandu serta dua penumpang Volkswagen Golf.

"Honda CRV yang berada di laluan itu tersebut sempat mengelak, namun Volkswagen Golf yang berada di belakang gagal mengelak lalu bertembung secara berdepan dengan Toyota Fortuner,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurut beliau, semua mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum kenderaan terlibat terbakar.

“Toyota Fortuner terbabit disyaki membawa muatan rokok seludup. Siasatan lanjut berhubung perkara itu dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Daerah.

Artikel Berkaitan:

"Pemandu berkenaan kini dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru," katanya.

Yusof berkata, kemalangan itu mengorbankan pemandu serta dua penumpang Volkswagen Golf.

"Dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru.

“Seorang lagi penumpang Volkswagen Golf sedang mendapatkan rawatan di HSI. Pemandu Honda CRV tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Ringkasan AI

  • Kemalangan maut melibatkan tiga kenderaan di Lebuhraya Senai–Desaru meragut tiga nyawa
  • SUV Toyota Fortuner terbabit disyaki membawa muatan rokok seludup
  • Kemalangan berlaku apabila Toyota Fortuner masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan Volkswagen Golf
  • Semua mangsa berjaya dikeluarkan sebelum kenderaan terbakar
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!