'Perasaan yang sukar digambarkan' - Penduduk Palestin sambut gencatan senjata dengan rasa syukur

Penduduk Palestin menyambut berita gencatan senjata dengan penuh rasa syukur dan kelegaan.
Penduduk Palestin menyambut berita gencatan senjata dengan penuh rasa syukur dan kelegaan.
A
A
A

GAZA - Penduduk Palestin menyambut berita gencatan senjata dengan penuh rasa syukur dan kelegaan - ada yang mengagihkan manisan, menunaikan solat kesyukuran serta melaungkan takbir di kawasan Tal al-Hawa, Bandar Gaza pada Jumaat, selepas bangun pagi dengan harapan terhadap berakhirnya serangan Israel yang berlarutan.

Raghad Izzat Hamouda, wanita berusia 20 tahun yang dipindahkan ke kawasan itu, menggambarkan momen itu sebagai “perasaan yang sukar digambarkan” selepas Israel dan Hamas mencapai peringkat pertama perjanjian gencatan senjata pada Rabu.

“Orang ramai menjerit kegembiraan di jalanan,” katanya kepada CNN.

“Bayangkan anda terselamat daripada pembunuhan beramai-ramai selama dua tahun - di bawah pengeboman, kelaparan, kemusnahan dan ketakutan.”

Namun, bagi ramai yang lain, kegembiraan itu hanya sementara.

Kini mereka dibelenggu kebimbangan tentang bagaimana untuk membina semula kehidupan selepas hampir 740 hari berdepan pengeboman dan sekatan.

Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertarikh 7 Oktober, lebih 90 peratus unit perumahan di Gaza telah musnah atau rosak akibat serangan.

Pada Jumaat sahaja, sekurang-kurangnya 132 mayat penduduk Palestin ditemui dari timbunan runtuhan, menurut pegawai hospital tempatan.

Jamal Al Rozzi, seorang pekerja bantuan kemanusiaan Palestin berusia 50-an berkata, dia bimbang rakyat Gaza akan mula merasai hakikat sebenar kehilangan apabila keadaan kembali tenang.

Artikel Berkaitan:

“Mereka akan tersedar - apabila bangun dan mula melihat kehidupan mereka, apa yang telah hilang, apa yang tidak lagi mereka miliki,” katanya kepada CNN.

Al Rozzi, yang melarikan diri dari Gaza ke Kaherah pada April 2024, menambah: “Anak-anak tidak bersekolah selama dua tahun. Ada ahli keluarga yang telah pergi. Anda tiada rumah, tiada pekerjaan, tiada pendapatan,” ujarnya.

“Penderitaan ini mungkin berlanjutan selama bertahun-tahun.” - Awani/ Agensi

Ringkasan AI

  • Penduduk Palestin menyambut gencatan senjata dengan syukur dan kelegaan, mengagihkan manisan dan menunaikan solat kesyukuran di Bandar Gaza
  • Raghad Izzat Hamouda menggambarkan perasaan sukar digambarkan selepas Israel dan Hamas mencapai perjanjian gencatan senjata
  • Kegembiraan penduduk hanya sementara kerana dibelenggu kebimbangan tentang membina semula kehidupan selepas berdepan pengeboman dan sekatan selama 740 hari
  • Lebih 90 peratus unit perumahan di Gaza musnah atau rosak, dan pada Jumaat sahaja, 132 mayat ditemui di timbunan runtuhan
  • Jamal Al Rozzi bimbang rakyat Gaza akan merasai hakikat kehilangan sebenar apabila keadaan kembali tenang, menyebut kehilangan pendidikan, ahli keluarga, rumah, pekerjaan, dan pendapatan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!