67 juta orang di zon konflik, bencana alami masalah kesihatan mental - WHO

WHO memberi amaran 67 juta orang di kawasan konflik menghadapi gangguan kesihatan mental. Foto AFP
WHO memberi amaran 67 juta orang di kawasan konflik menghadapi gangguan kesihatan mental. Foto AFP
A
A
A

GENEVA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran pada Jumaat bahawa dianggarkan 67 juta orang yang tinggal di kawasan konflik, bencana atau penempatan semula sedang mengalami gangguan kesihatan mental, dan menggesa agar sokongan kesihatan mental dianggap sebagai keutamaan menyelamatkan nyawa dalam operasi kemanusiaan, lapor Anadolu Ajansi.

"Satu daripada lima orang dalam situasi kecemasan hidup dengan masalah kesihatan mental, namun sokongan kesihatan mental masih dianggap sebagai pilihan, dalam respons yang terlalu banyak," kata Fahmy Hanna, pegawai teknikal WHO bagi kesihatan mental, semasa taklimat media PBB di Geneva.

Hanna berkata, kemajuan dicapai, dengan mekanisme penyelarasan kini aktif dalam 71 peratus situasi kecemasan, berbanding kurang daripada separuh pada tahun 2019. Namun begitu, kualiti dan liputan perkhidmatan masih tidak mencukupi, katanya.

Beliau turut memberi amaran yang permintaan negara untuk ubat psikotropik menurun sebanyak 94 peratus pada awal 2025 akibat pemotongan dana, menyebabkan jutaan orang terputus daripada sokongan.

"Apabila dana kemanusiaan dihentikan, kesannya serta-merta dan sangat besar,” kata Hanna, sambil menggesa kerajaan, penderma dan pihak bertindak agar mengintegrasikan dan melabur dalam penjagaan kesihatan mental dalam semua peringkat - kesiapsiagaan, tindak balas dan pemulihan. - Bernama-Anadolu

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • WHO memberi amaran 67 juta orang di kawasan konflik menghadapi gangguan kesihatan mental
  • Sokongan kesihatan mental dianggap sebagai pilihan dalam banyak respons kemanusiaan
  • Mekanisme penyelarasan untuk kesihatan mental aktif dalam 71% situasi kecemasan
  • Permintaan untuk ubat psikotropik dijangka turun 94% pada awal 2025 akibat pemotongan dana
  • Kerajaan dan penderma digesa untuk melabur dalam penjagaan kesihatan mental

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!