Belanjawan 2026 mampu perkukuh daya tahan ekonomi - DPIM Selangor

SHAH ALAM – Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) Selangor menyifatkan pembentangan Belanjawan Malaysia 2026 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi dan kebajikan rakyat.
Pengerusinya, Mohd Yahya Mat Sahri berkata, pihaknya menyokong penuh pendekatan berteraskan nilai Malaysia Madani yang memberi penekanan kepada keberkesanan, ketelusan dan tanggungjawab sosial, khususnya dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan, memperkasa perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), serta memperluas peluang ekonomi untuk umat Islam dan seluruh rakyat Malaysia.
“Langkah-langkah strategik yang diumumkan akan memperkukuh daya tahan ekonomi negara, merancakkan pelaburan serta memperkukuh jaringan perdagangan domestik dan antarabangsa,” ujarnya ketika mengulas pembentangan Belanjawan 2026 pada Jumaat.
DPIM Selangor turut menegaskan komitmen untuk terus menjadi rakan strategik kerajaan dalam memastikan manfaat belanjawan sampai kepada akar umbi usahawan dan komuniti perniagaan tempatan.
“Belanjawan ini bukan sekadar angka, tetapi cerminan tekad membina negara bangsa yang sejahtera dan berdaya saing,” tambahnya.
Ringkasan AI
- Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) Selangor menyatakan pembentangan Belanjawan Malaysia 2026 oleh Perdana Menteri menitikberatkan keseimbangan pertumbuhan ekonomi dan kebajikan rakyat
- Pengerusinya, Mohd Yahya Mat Sahri menyokong pendekatan Malaysia Madani yang mengutamakan keberkesanan, ketelusan dan tanggungjawab sosial
- DPIM Selangor komited menjadi rakan strategik kerajaan untuk manfaat belanjawan sampai kepada usahawan dan komuniti perniagaan
- Belanjawan 2026 diumumkan mengukuhkan ekonomi negara, merancakkan pelaburan dan memperkuat jaringan perdagangan domestik serta antarabangsa
- Belanjawan itu dianggap bukan sekadar angka tetapi sebagai tekad membina negara yang sejahtera dan berdaya saing
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

