Belanjawan 2026: Hasil kerajaan dijangka meningkat kepada RM343.1 bilion

Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat pada Jumaat.
Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan dianggarkan meningkat kepada RM343.1 bilion pada tahun hadapan berbanding RM334.1 bilion, unjuran tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, di bawah Madani kerajaan konsiten menurunkan defisit fiskal daripada 5.5 peratus pada 2022, 5 peratus (2023), 4.1 peratus (2024) dan bertekad mencapai 3.8 peratus (2025).

Menurutnya, defisit fiskal dijangka terus menurun kepada 3.5 peratus pada tahun 2026.

"Penurunan defisit bermakna jumlah hutang baharu turun dan terkawal daripada RM100 bilion (2022), RM92 bilion (2023), RM77 bilion (2024), sekitar RM77 bilion (2025) dan diusahakan untuk turun lagi tahun ini.

"Dengan disiplin berterusan, defisit fiskal tiga peratus mampu dicapai dalam jangka sederhana.

"Pada tahun hadapan, kutipan hasil Kerajaan Persekutuan dianggarkan meningkat kepada RM343.1 bilion ketimbang RM334.1 bilion ringgit, unjuran tahun ini," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat di sini pada Jumaat.

Jelas beliau, unjuran tersebut susulan komitmen Kerajaan Madani memberi keutamaan terhadap tatakelola dengan memperkenalkan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal (FRA) Rang Undang-Undang (RUU) Perolehan Kerajaan yang masih mengikat kuasa Menteri Kewangan.

Beliau menambah, lazimnya cukai tambahan diperlukan untuk perbelanjaan tambahan bagi prasarana dan bantuan rakyat akan dikenakan cukai tambahan.

"Tapi kerajaan memilih untuk membaiki tatakelola, termasuk penyasaran subsidi tanpa menambah beban rakyat.

Artikel Berkaitan:

"Dengan menggunakan kaedah sedemikian, kita berjaya melaksana langkah pembanterasan rasuah, mengekang penyeludupan serta memecah tembok dan melumpuhkan kartel," katanya.

 

Ringkasan AI

  • Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan dianggarkan meningkat kepada RM343.1 bilion pada tahun hadapan
  • Defisit fiskal dijangka menurun secara konsisten dari 5.5 peratus pada 2022 hingga mencapai 3.5 peratus pada tahun 2026
  • Jumlah hutang baharu diharapkan berkurangan dari RM100 bilion pada 2022 ke anggaran lebih rendah pada tahun-tahun berikutnya
  • Kerajaan Madani berkomitmen terhadap tatakelola yang baik dengan memperkenalkan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal
  • Pembaharuan tatakelola termasuk memperbaiki penyaluran subsidi untuk mengurangkan beban rakyat tanpa menambah cukai baru

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!