Belanjawan 2026: Kerajaan had pengecualian cukai kenderaan di Langkawi, Labuan mulai 2026

Anwar ketika ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat pada Jumaat.
Anwar ketika ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan mengehadkan pengecualian cukai kenderaan di Langkawi dan Labuan hanya bagi kenderaan bernilai tidak melebihi RM300,000 bermula 1 Januari 2026.

Katanya, langkah itu diambil bagi mengekang ketirisan dan penyalahgunaan keistimewaan cukai oleh pemilik kenderaan mewah yang semakin mengambil kesempatan terhadap kemudahan berkenaan.

“Kerajaan mendapati terdapat segelintir pemilik kenderaan mewah mengambil kesempatan terhadap pengecualian cukai di Langkawi dan Labuan sejak sekian lama.

"Bagi memastikan manfaat itu sampai kepada golongan sasaran, kerajaan akan menghadkan nilai kenderaan yang layak menikmati pengecualian cukai kepada tidak melebihi RM300,000,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Menurutnya, langkah itu selaras dengan usaha kerajaan memperkukuh sistem percukaian yang lebih telus dan saksama, tanpa menjejaskan insentif pelancongan dan pelaburan di kedua-dua wilayah bebas cukai tersebut.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan mengehadkan pengecualian cukai kenderaan di Langkawi dan Labuan bagi kenderaan bernilai tidak melebihi RM300,000 mulai 1 Januari 2026
  • Langkah ini bertujuan untuk mengekang ketirisan dan penyalahgunaan keistimewaan cukai oleh pemilik kenderaan mewah
  • Pemilik kenderaan mewah telah mengambil kesempatan terhadap pengecualian cukai di Langkawi dan Labuan selama ini
  • Kerajaan bertujuan memastikan manfaat pengecualian cukai sampai kepada golongan sasaran dengan menghadkan nilai kenderaan layak menikmatinya
  • Langkah ini diharap dapat memperkukuh sistem percukaian yang lebih telus dan saksama, tanpa menjejaskan insentif pelancongan dan pelaburan di kedua-dua wilayah bebas cukai

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!