Prasarana hadkan perkhidmatan pengangkutan awam mulai esok

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan melaksanakan perkhidmatan terhad bagi perkhidmatan pengangkutan awam kendaliannya mulai esok sehingga 31 Mac, selaras dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Prasarana dalam kenyataan hari ini berkata, semua perkhidmatan tren Rapid KL merangkumi LRT, MRT dan monorel hanya akan beroperasi dari 6 pagi hingga 10 pagi dan dari 5 petang hingga 10 malam, mengikut jadual seperti berikut.

Isnin hingga Jumaat:

6 pagi – 7 pagi: kekerapan 30 minit

7 pagi – 9 pagi: kekerapan 10 minit (waktu puncak)

9 pagi – 10 pagi: kekerapan 30 minit

5 petang – 7 malam: kekerapan 10 minit (waktu puncak)

7 malam – 10 malam: kekerapan 30 minit

Artikel Berkaitan:

Sabtu, Ahad dan cuti umum:

6 pagi – 10 pagi: kekerapan 30 minit

5 petang – 10 malam: kekerapan 30 minit

"Tiada perkhidmatan antara 10 pagi hingga 5 petang. Tren terakhir akan menamatkan perkhidmatan pada 10 malam dan semua stesen akan ditutup seperti ditetapkan,” kata kenyataan.

Semua bas henti-henti – Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan, Rapid Kamunting dan Rapid Manjung juga akan hanya beroperasi dari 6 pagi hingga 10 pagi sebelum berhenti dan perkhidmatan bersambung semula dari 5 petang hingga 10 malam..

“Bagi pelanggan bas di lokasi sedia ada boleh merujuk ke http://myrapidbus.prasarana.com.my/kiosk manakala bagi pelanggan Rapid Penang boleh muat turun aplikasi Jadual Perjalanan Rapid Penang daripada Google Play.

"Mereka juga boleh menghubungi pasukan helpline kami untuk bantuan,” menurut kenyataan itu.

Feri Pulau Pinang yang dikendalikan oleh Rapid Ferry akan hanya beroperasi menggunakan sebuah feri setiap jam antara 6 pagi dan 10 pagi; dan antara 5 petang dan 10 malam..

Prasarana menasihatkan orang awam, khususnya mereka di bawah Perkhidmatan Penting dan diperlukan untuk bekerja dan perlu menggunakan perkhidmatan berkenaan, untuk merancang perjalanan mereka dengan baik atau mendapatkan pengangkutan alternatif.

Lainnya perlu mematuhi sepenuhnya perintah kerajaan untuk duduk di rumah.

Untuk butiran dan perkembangan terkini, layari media sosial Prasarana di Rapid KL Facebook @myrapid, Twitter or Instagram at @myrapidkl," menurut kenyataan itu. - Bernama