Belanjawan 2026: Anwar tinjau persiapan akhir, mohon doa pembentangan lancar

Anwar menunjukan buku Angaran Pebelanjaan Persekutuan semasa hadir ke Hari Tinjauan di Kementerian Kewangan pada Khamis. Foto Bernama
Anwar menunjukan buku Angaran Pebelanjaan Persekutuan semasa hadir ke Hari Tinjauan di Kementerian Kewangan pada Khamis. Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa selama setengah jam bagi meninjau persiapan akhir menjelang pembentangan Belanjawan 2026 di Kementerian Kewangan pada Khamis.

Beliau yang juga Menteri Kewangan tiba pada jam 3 petang dan disambut oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan; Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying; serta Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Ketika ditemui pemberita, Anwar memohon doa agar sesi pembentangan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat berjalan dengan lancar.

“Doakan semuanya selamat, insya-ALLAH,” katanya ringkas.

Terdahulu, beliau turut bergambar bersama pengurusan tertinggi setiap kumpulan yang terbabit dalam penyediaan Belanjawan 2026 di lobi utama Perbendaharaan.

Anwar kemudiannya menandatangani semua dokumen berkaitan belanjawan tersebut sebelum beramah mesra dengan 320 petugas yang terlibat dalam penyediaan dokumen penting itu.

Pembentangan Belanjawan Madani kali keempat itu dijadual berlangsung pada jam 4 petang Jumaat dan akan disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen dan portal berita tempatan.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninjau persiapan akhir Belanjawan 2026 di Kementerian Kewangan
  • Beliau yang juga Menteri Kewangan disambut oleh Menteri Kewangan II dan pegawai tertinggi lain
  • Anwar memohon doa untuk pembentangan Belanjawan 2026 berjalan lancar
  • Anwar bergambar bersama pengurusan tertinggi dan menandatangani dokumen berkaitan belanjawan
  • Pembentangan Belanjawan Madani akan berlangsung secara langsung menerusi stesen televisyen dan portal berita

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!