Lotus’s lancar Masak-Masak Ceria, platform cef muda serlah bakat

Cef Bob Adnin (kanan) dan Cef KK Yau (kiri) turut beraksi dan memberikan tunjuk ajar kepada para peserta yang hadir dalam bengkel memasak Lotus’s JOM MASAK! Cita Rasa Malaysia.
Cef Bob Adnin (kanan) dan Cef KK Yau (kiri) turut beraksi dan memberikan tunjuk ajar kepada para peserta yang hadir dalam bengkel memasak Lotus’s JOM MASAK! Cita Rasa Malaysia.
A
A
A

SHAH ALAM – Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) memeriahkan lagi dunia kulinari tempatan dengan pelancaran Masak-Masak Ceria yang bakal berlangsung pada November nanti.

Pengarah Eksekutif Pelanggan dan Pemasaran Lotus’s Malaysia, Nuathip Pituckpongsatorn berkata, pertandingan itu bukan sahaja menguji kemahiran peserta malah ia merupakan salah satu penghargaan terhadap warisan kulinari Malaysia menerusi keunikan rasa dan penggunaan produk berkualiti keluaran Lotus’s.

“Ia juga peluang untuk mendapatkan pengiktirafan antarabangsa yang mana tiga pemenang terbaik kategori profesional akan mewakili Lotus’s Malaysia ke pertandingan berprestij Thailand Ultimate Chef Challenge (TUCC) di Bangkok pada tahun hadapan,” katanya.

Menariknya, pertandingan memasak yang julung kali dianjurkan itu direka khas untuk menyerlahkan lagi bakat cef profesional dan amatur untuk berentap di Lotus’s Ampang pada 1 dan 2 November ini.

Para peserta tekun mendengar penerangan Cef Bob Adnin (kiri).
Para peserta tekun mendengar penerangan Cef Bob Adnin (kiri).

Program dengan kerjasama Persatuan Ahli Kulinari Profesional Malaysia dan disokong TAEM Academy itu menjanjikan sambutan meriah yang penuh kreativiti, rasa dan semangat memasak.

Di samping peserta berpeluang menunjukkan kemahiran kulinari masing-masing, pencinta makanan juga boleh menantikan idea baharu dan kisah inspirasi daripada bakat-bakat dapur Malaysia.

Acara berkenaan juga dikatakan melangkaui pertandingan biasa kerana menterjemahkan inisiatif Lotus’s yang berterusan menawarkan produk berkualiti dan nilai yang konsisten, sama ada untuk isi rumah atau dapur profesional.

Artikel Berkaitan:

Bagi pengusaha HoReCa dan perniagaan makanan, ia menjadi peringatan bahawa di sebalik setiap hidangan hebat, terdapat pembekal yang memahami kehendakan industri makanan.

Mengenai Masak-Masak Ceria, dua kategori dipertandingkan iaitu Profesional (P) untuk cef berpengalaman berumur 25 hingga 40 tahun manakala Chef Muda (Y) terbuka kepada tukang masak rumah, pelajar dan cef amatur berumur 18 hingga 30 tahun.

Peserta akan diuji berdasarkan kreativiti dan teknik masakan, persembahan dan gaya penyajian, selain keupayaan mereka untuk menyampaikan kisah kulinari melalui hidangan masing-masing dengan tema serta bahan yang berbeza untuk setiap pusingan.

Chef KK Yau menunjukkan sentuhan kulinari sempena bengkel memasak Lotus’s JOM MASAK! Cita Rasa Malaysia.
Chef KK Yau menunjukkan sentuhan kulinari sempena bengkel memasak Lotus’s JOM MASAK! Cita Rasa Malaysia.

Antara barisan juri yang terdiri pakar kulinari seperti Cef KK Yau, Cef Bob Adnin, Cef Amy Beh dan Cef Arieff Khalid.

Selepas dua pusingan pertandingan yang mengujakan, seorang pemenang dari setiap kategori akan dinobatkan sebagai juara Masak-Masak Ceria dengan ganjaran baucar tunai Lotus’s bernilai RM3,000.

Untuk kategori P, pemohon perlu menghantar profil, resume dan sijil kulinari berkaitan bersama borang penyertaan. Peserta yang terpilih perlu membayar yuran penyertaan sebanyak RM100.

Bagi kategori Y, Pemohon perlu menghantar video pengenalan selama 2 minit yang memperkenalkan diri dan menunjukkan minat mereka dalam bidang memasak bersama resit pembelian Lotus’s (tiada perbelanjaan minimum diperlukan) serta borang penyertaan yang lengkap.

Pendaftaran dibuka sehingga 17 Oktober 2025. Untuk maklumat lanjut atau mendaftar, sila layari laman web rasmi pertandingan https://corp.lotuss.com.my/for-you/campaigns/lotusschefchallenge2025.

Ringkasan AI

  • Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd melancarkan Masak-Masak Ceria yang akan berlangsung pada November
  • Pertandingan ini memberi peluang kepada peserta menunjukkan kemahiran kulinari dan menghargai warisan kulinari Malaysia
  • Tiga pemenang kategori profesional akan mewakili Malaysia ke Thailand Ultimate Chef Challenge di Bangkok tahun hadapan
  • Pertandingan ini terbuka untuk cef profesional dan amatur, disokong oleh Persatuan Ahli Kulinari Profesional Malaysia dan TAEM Academy
  • Pemenang dari setiap kategori akan mendapat baucar tunai Lotus's bernilai RM3,000

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!