Laungan solidariti buat Palestin bergema di Batu Pahat

Sebanyak 42 NGO bergabung dalam Himpunan Aman Sumud Flotilla Batu Pahat di Stadium Batu Pahat pada malam Rabu.
Sebanyak 42 NGO bergabung dalam Himpunan Aman Sumud Flotilla Batu Pahat di Stadium Batu Pahat pada malam Rabu.
A
A
A

BATU PAHAT – Sebanyak 42 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bergabung dalam Himpunan Aman Sumud Flotilla Batu Pahat yang berlangsung di Stadium Batu Pahat pada malam Rabu.

Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, himpunan berkenaan merupakan tanda solidariti Bangsa Johor terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Jelasnya, himpunan berkenaan menunjukkan rakyat Batu Pahat bersatu hati tanpa mengira kaum, bangsa dan latar belakang politik dalam menyatakan pendirian terhadap kezaliman yang berlaku di bumi Palestin.

“Di waktu masing-masing berehat kerana penat seharian bekerja, sebahagian daripada orang Batu Pahat berhimpun di Stadium Batu Pahat bersuara untuk rakyat Palestin

"Tanpa batas politik, kaum atau bangsa, orang Batu Pahat hadir serba hitam tanda sekata, solidariti buat Palestin," katanya dalam muat naik di Facebook.

Dalam pada itu, Mohd Fared yang juga ADUN Semerah turut menggesa orang ramai menyalurkan sumbangan kepada Tabung Kasih Johor–Palestin, yang setakat ini berjaya mengumpul lebih RM2.53 juta untuk disalurkan sebagai bantuan ke Gaza.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Himpunan Aman Sumud Flotilla Batu Pahat diadakan di Stadium Batu Pahat dengan penyertaan 42 NGO
  • Acara tersebut adalah tanda solidariti Bangsa Johor terhadap perjuangan rakyat Palestin
  • Rakyat Batu Pahat bersatu tanpa mengira kaum, bangsa, dan latar belakang politik
  • Berkumpul bersuara untuk rakyat Palestin sambil berpakaian serba hitam sebagai simbol solidariti
  • Tabung Kasih Johor–Palestin berjaya mengumpul lebih RM2.53 juta untuk bantuan ke Gaza

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!