X

Kindly register in order to view this article
!

Polis Melaka terus kesan jemaah tabligh

Mat Kasim (dua dari kiri) ketika menerima sumbangan makanan daripada Umno negeri yang diketuai Sulaiman (kanan) dan Rauf (dua,kanan) di Ibu pejabat Polis Kontinjen Melaka (IPK) di Bukit Beruang di sini, hari ini.
A
A

MELAKA TENGAH - Polis Melaka akan terus mengesan kluster jemaah tabligh di negerI ini yang masih belum menjalani saringan kesihatan.

Ketua Polis Melaka, Datuk Mat Kasim Karim berkata, bagaimanapun masyarakat tidak perlu panik kerana jumlah itu tidak ramai malah 90 peratus di antara mereka yang ditemui memberikan kerjasama sepenuhnya untuk menjalani saringan.

Menurutnya, maklumat mengenai individu terbabit tidak boleh disebarkan atas faktor keselamatan tetapi polis akan pergi ke kediaman mereka untuk memberikan nasihat secara berhemah.

"Kita juga sudah menemui ketua mereka dan menasihati supaya memaklumkan kepada peserta tabligh lain selain mengambil iktibar bahawa di Melaka juga telah ada satu kes kematian akibat Covid-19.

"Polis bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mencari peserta tabligh di Melaka yang masih belum mendapatkan rawatan. Kita memberi jaminan dapat memujuk kesemua mereka dalam tempoh seminggu," katanya.

Sulaiman menyampaikan makanan kepada Mat Kasim (lima,kanan) manakala Rauf menyampaikan sumbangann kepada Noor Sazali (kanan) pada program itu di Ibu pejabat Polis Kontinjen Melaka (IPK) di Bukit Beruang di sini, hari ini.
Sulaiman menyampaikan makanan kepada Mat Kasim (lima,kanan) manakala Rauf menyampaikan sumbangann kepada Noor Sazali (kanan) pada program itu di Ibu pejabat Polis Kontinjen Melaka (IPK) di Bukit Beruang di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Menyantuni dan Penyampaian Bantuan UMNO negeri kepada Petugas Polis Melaka dan Tentera di Ibu pejabat Kontinjen Melaka (IPK) di Bukit Beruang di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md Ali; Panglima Atileri Divisyen 3 Divisyen, Bridged Jeneral Noor Sazali Puteh; Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Rauf Yusoh; Pengarah Urusan Double Decker (M) Berhad, Datuk Gary Choo Kok Sen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman.

Terdahulu, Mat Kasim menerima pelbagai sumbangan makanan dan minuman daripada UMNO negeri yang dianggarkan berjumlah RM20,000.

Dalam perkembangan lain, Mat Kasim berkata, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan tiada laluan ditutup namun pemantauan dan rondaan terus dilaksanakan terutama di pusat bandar.

"Hari keenam arahan itu telah dilaksanakan sikap pematuhan dalam kalangan orang awam semakin tinggi dianggarkan 90 peratus selain penambahan bilangan polis sebanyak 500 anggota dan 300 tentera di tempatkan di negeri ini," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!