Kontraktor rugi lebih RM500,000 terpedaya sindiket kerja sambilan

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee
Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee
A
A
A

KULAI – Seorang kontraktor kerugian lebih RM500,000 akibat terpedaya dengan sindiket tawaran kerja sambilan tidak wujud baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, mangsa yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia 52 tahun membuat laporan polis pada Isnin lalu.

"Siasatan awal mendapati mangsa tertarik dengan iklan kerja sambilan di laman web yang kononnya menawarkan peluang menjana keuntungan 15 peratus bagi setiap pembelian barangan pelanggan (affiliate seller).

“Mangsa kemudian diarahkan melakukan tugasan melalui laman web tersebut dan dijanjikan keuntungan yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun miliknya di laman sama.

“Sepanjang tempoh 20 Mac hingga 28 April lalu, mangsa telah melakukan sebanyak 22 transaksi berjumlah RM500,278 kepada 16 akaun bank tempatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambah Seng Lee, mangsa kemudiannya mendapati dia memperoleh jumlah keuntungan sebanyak AS$138,500 namun tidak dapat dikeluarkan.

Ujarnya, mangsa menyedari dirinya ditipu selepas akaun laman web berkenaan juga disekat ketika dia cuba membuat pengeluaran wang berkenaan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” tambahnya.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang kontraktor kerugian lebih RM500,000 akibat sindiket tawaran kerja sambilan palsu
  • Mangsa berusia 52 tahun membuat laporan polis pada Isnin lalu
  • Tergoda dengan iklan kerja sambilan yang menjanjikan keuntungan 15 peratus sebagai affiliate seller
  • Melakukan 22 transaksi berjumlah RM500,278 kepada 16 akaun bank tempatan
  • Menyedari ditipu setelah tidak dapat mengeluarkan keuntungan sejumlah AS$138,500

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!