Dua warga China dikhuatiri hilang di Pulau Mantanani

KOTA KINABALU - Dua pelancong warganegara China dikhuatiri hilang di kawasan Pulau Mantanani, Kota Belud, apabila mereka gagal ditemukan selepas sepatutnya mendaftar keluar daripada penginapan mereka pada Ahad lepas.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah, Mohd Pisar Aziz dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan mangsa lelaki berumur 25 tahun dan wanita 28 tahun menginap di Sutera Mantanani pada Sabtu lepas.
"Kedua-dua mangsa sepatutnya mendaftar keluar daripada penginapan pada 5 Oktober dan bergerak keluar dari Pulau Mantanani namun hingga kini masih belum keluar dan belum dijumpai. Barang-barang kepunyaan mereka masih berada di dalam bilik,” menurut kenyataan itu.
Beliau memaklumkan Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota Belud menerima panggilan kecemasan dari balai polis Kota Belud pada jam 9.25 pagi semalam sebelum ke lokasi kejadian sejauh 45 kilometer.
Kenyataan itu berkata, pasukan bomba bersama pasukan penyelamat di air (PPDA) berada di lokasi kejadian bagi mendapatkan maklumat dan menjalankan operasi mencari dan menyelamat menggunakan kaedah pencarian di permukaan air di persisiran pulau bersama pasukan penyelamat daripada beberapa agensi lain. - Bernama
Ringkasan AI
- Dua pelancong warganegara China dikhuatiri hilang di Pulau Mantanani, Kota Belud
- Mereka gagal mendaftar keluar dari penginapan pada Ahad lepas
- Mangsa lelaki berumur 25 tahun dan wanita 28 tahun
- Barang-barang kepunyaan mangsa masih berada di dalam bilik penginapan
- Operasi mencari dan menyelamat dilakukan oleh pasukan bomba dan penyelamat di air
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
