Agong berkenan berangkat ke Pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-270

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-270 di Istana Negara, pada Selasa. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-270 di Istana Negara, pada Selasa. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-270 di Istana Negara, pada Selasa.

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Majlis Raja-Raja ke-270 akan dipengerusikan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Berangkat sama Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Al-Haj Sultan Ibrahim, selaku wakil rasmi Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.

Majlis Raja-Raja akan berlangsung selama dua hari bermula esok di Istana Negara.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyembah maklum beberapa perkembangan semasa kepada Majlis Raja-Raja, termasuk penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada akhir bulan ini, ketika dipanggil menghadap di Istana Negara pagi tadi.

Anwar berkata, beliau turut menyembah maklum kepada Majlis Raja-Raja mengenai kehadiran Donald Trump dan pendirian Malaysia tentang cadangan pendamaian Gaza yang dipelopori oleh Presiden Amerika Syarikat itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pramesyuarat Majlis Raja-Raja ke-270 di Istana Negara, pada Selasa
  • Majlis Raja-Raja ke-270 akan dipengerusikan oleh Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail
  • Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar berangkat sebagai wakil rasmi Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail
  • Majlis Raja-Raja akan berlangsung selama dua hari di Istana Negara
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyembah maklum perkembangan semasa kepada Majlis Raja-Raja, termasuk penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN dan cadangan pendamaian Gaza

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!