'Serah diri atau diburu sampai ke lubang cacing'

Ayob Khan (kanan) dan Zawai Adam melakukan pemeriksaan terhadap orang ramai dalam satu sekatan jalan raya yang dibuat pihak polis dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia di Jalan Tampoi Lama, Johor Bahru, hari ini.

A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Johor sedang memburu 75 jemaah tabligh negeri ini termasuk dari Bangladesh, Myanmar dan Thailand untuk menjalani ujian saringan wabak koronavirus (Covid-19).

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, mereka didapati menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur baru-baru ini termasuk pernah bertemu selepas perhimpunan berkenaan.

"Seramai 75 jemaah tabligh di negeri ini masih dikesan dan daripada jumlah itu 29 adalah warga Bangladesh, 10 dari Myanmar dan lapan dari Thailand manakala selebihnya adalah warga tempatan.

"Kita sudah kenal pasti tetapi senarai lengkap mereka sedang dilakukan. Kita harap mereka serah diri kepada pihak polis atau pergi ke klinik kesihatan atau hospital berhampiran untuk menjalani ujian saringan.

"Jika mereka masih ingkar kita akan buru mereka sampai ke lubang cacing. Kita akan jejaki mereka dengan kerjasama Kementerian Kesihatan dan Pejabat Daerah, jemaah tabligh tidak sukar dikesan di sesebuah kawasan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melawat satu sekatan jalan raya yang dibuat pihaknya dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Jalan Tampoi Lama, di sini hari ini.

Ayob Khan (kanan) dan Zawai Adam melakukan pemeriksaan terhadap orang ramai dalam satu sekatan jalan raya yang dibuat pihak polis dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia di Jalan Tampoi Lama, Johor Bahru, hari ini.
Ayob Khan (kanan) dan Zawai Adam melakukan pemeriksaan terhadap orang ramai dalam satu sekatan jalan raya yang dibuat pihak polis dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia di Jalan Tampoi Lama, Johor Bahru, hari ini.

Turut hadir, Panglima Briged 7, Tentera Darat Malaysia, Brigadier Jeneral Datuk Zawawi Adam.

Artikel Berkaitan:

Ayob Khan memberitahu, seramai 1,450 jemaah tabligh di seluruh Johor manakala 1,375 sudah menjalani ujian saringan kesihatan.

Menurutnya, seramai 1,346 didapati negatif manakala 29 lagi positif dan satu lagi kritikal.