X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 28 Oktober 2021

Covid-19: Johor pendekkan tempoh operasi premis perniagaan

R Vidyananthan
A
A

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor akan memendekkan tempoh operasi premis perniagaan di seluruh negeri bermula hari ini bertujuan membataskan pergerakan orang ramai dalam menangani risiko penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan berkata, penguatkuasaan tersebut melibatkan premis-premis yang sebelum ini dibenarkan beroperasi dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan masing-masing akan memaklumkan arahan itu.

"Tempoh operasi kedai makan, kedai serbaneka dan kedai runcit hanya dibuka dari jam 7 pagi hingga 7 malam begitu juga pasar raya akan ditutup pada jam 7 malam, manakala pasar malam, pasar tani dan pasar pagi tidak dibenarkan beroperasi.

"Menerusi penguatkuasaan had waktu operasi perniagaan yang dilaksanakan ini, diharap semua warga Johor dapat mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sentiasa berada di rumah," katanya pada sidang media secara langsung di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau turut melahirkan penghargaan kepada pihak swasta yang menyumbang kepada Tabung Bencana Negeri Johor selain merakamkan terima kasih yang tidak terhingga kepada para petugas kesihatan dan keselamatan yang menjadi barisan hadapan kerajaan.

Menurutnya, mereka sentiasa bersedia dan responsif dalam menjalankan tugas tanpa mengira masa dan penat lelah dalam menangani penularan jangkitan Covid-19.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!