Berang anak tidak kemas dapur, bapa pukul hingga anak lari rumah

Fadil
Fadil
A
A
A

KUALA LUMPUR - Berang anak tidak mengemas dapur serta mencuci pinggan, seorang lelaki dipercayai memukul anak perempuannya sehingga kanak-kanak berusia 12 tahun itu melarikan diri dari rumah dalam kejadian di Kepong, di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, lelaki berusia 42 tahun yang bekerja sebagai tukang paip itu kini direman selama empat hari bermula Ahad hingga Rabu untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

"Siasatan mendapati suspek bertindak sedemikian dipercayai kerana mangsa tidak mencuci pinggan dan tidak mengemas dapur.

"Semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Katanya, kertas siasatan akan dilengkapkan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) pada Rabu untuk tindakan lanjut.

Media sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak perempuan dilaporkan hilang pada Sabtu sebelum ditemui orang awam di sebuah kedai di Metro Prima, Kepong.

Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan sebelum mendapati mangsa mengalami lebam di bawah bibir, calar di belakang badan dan sakit di bahagian kepala.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Berang anak tidak mengemas dapur, seorang lelaki dipercayai memukul anak perempuannya hingga melarikan diri dari rumah
  • Lelaki berusia 42 tahun itu kini direman selama empat hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001
  • Tindakan lelaki tersebut dipercayai kerana anaknya tidak mencuci pinggan dan tidak mengemas dapur
  • Suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum ini
  • Kanak-kanak perempuan itu dilaporkan hilang sebelum ditemui dengan lebam dan calar, dan kini mendapat pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!