Kanak-kanak dua tahun maut dihempap tiang pagar rumah

Tiang pagar runtuh yang menghempap seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun. Foto Ihsan: pembaca
Tiang pagar runtuh yang menghempap seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun. Foto Ihsan: pembaca
A
A
A

SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Kanak-kanak perempuan berusia dua tahun sembilan bulan maut selepas dihempap tiang pagar konkrit rumah sewa keluarganya yang runtuh di Taman Bukti Kristal di sini pada Jumaat.

Mangsa disahkan meninggal dunia jam 9.14 malam ketika di zon kecemasan Hospital Tuanku Jaafar(HTJ)di sini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, pihaknya menerima maklumat kejadian itu berlaku jam 7.15 malam.

"Mangsa dikatakan bermain dengan kakaknya sebelum tiang pagar yang tidak kukuh itu tumbang lalu menghempap mangsa.

"Ibu mangsa segera membawa mangsa ke HTJ, namun disahkan meninggal dunia pada jam 9.14 malam," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, bedah siasat dijalankan di Hospital Rembau mendapati punca kematian adalah kenderaan kepala akibat hentakan objek berat dan tiada kecederaan lain yang dikesan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya memastikan struktur binaan di kediaman dipasang dengan selamat bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,"katanya.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kanak-kanak perempuan berusia dua tahun sembilan bulan maut dihempap tiang pagar konkrit rumah sewa keluarganya di Taman Bukit Kristal, Seremban
  • Mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar pada jam 9.14 malam
  • Kejadian diterima polis pada jam 7.15 malam dan mangsa dikatakan sedang bermain dengan kakaknya sebelum kejadian
  • Bedah siasat mendapati punca kematian adalah kenderaan kepala akibat hentakan objek berat
  • Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan nasihat kepada orang ramai untuk memastikan struktur binaan selamat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!