PRN Sabah: Anwar harap kempen berjalan lancar, parti tawar pilihan terbaik untuk rakyat

Anwar ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Pembukaan Forum Megatrends Khazanah 2025 hari ini. - Foto: Bernama
Anwar ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Pembukaan Forum Megatrends Khazanah 2025 hari ini. - Foto: Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan harapan agar kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 (PRN17) berjalan lancar, dengan parti-parti bertanding memberikan pilihan terbaik kepada seluruh rakyat negeri itu.

"Hati-hati berbincang, berkempen dengan baik dan beri pilihan sebaiknya untuk rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan khas di Khazanah Megatrends Forum 2025 di sini hari ini.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan hari ini bagi memberi laluan kepada PRN17 Sabah selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.

DUN Sabah mempunyai 73 kerusi.

PRN16 pada 2020 menyaksikan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), yang ketika itu berada dalam gabungan Perikatan Nasional bersama Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) serta disokong beberapa Ahli DUN bebas, berjaya membentuk kerajaan negeri dengan memperoleh 41 daripada 73 kerusi DUN. - Bernama

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap kempen PRN Sabah ke-17 berjalan lancar
  • Parti-parti bertanding diingatkan untuk memberikan pilihan terbaik kepada rakyat Sabah
  • Dewan Undangan Negeri Sabah dibubarkan bagi memberi laluan kepada PRN17
  • DUN Sabah mempunyai 73 kerusi
  • PRN16 pada 2020 menyaksikan Gabungan Rakyat Sabah membentuk kerajaan negeri dengan 41 kerusi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!