Hajiji bertemu ADUN kerajaan, DUN bubar hari ini?

Satu pertemuan antara Hajiji bersama ADUN kerajaan dijadualkan berlangsung di Menara Kinabalu pada jam 2 petang Isnin.
Satu pertemuan antara Hajiji bersama ADUN kerajaan dijadualkan berlangsung di Menara Kinabalu pada jam 2 petang Isnin.
A
A
A

KOTA KINABALU – Satu pertemuan antara Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan, dijadualkan berlangsung pada jam 2 petang Isnin.

Makluman mengenai majlis itu disampaikan melalui notis kepada petugas media yang dikeluarkan oleh Pengarah Media dan Komunikasi, Suziannah Jiffar, sebentar tadi.

Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai tujuan pertemuan tersebut tidak dinyatakan.

Namun, terdapat khabar angin yang mengatakan pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah mungkin dibuat pada hari ini.

Sejak pagi tadi, petugas media telah berkumpul di Istana Negeri Seri Kinabalu dan Menara Kinabalu bagi mengikuti perkembangan terkini berhubung kemungkinan pembubaran DUN berkenaan.

DUN Sabah akan terbubar secara automatik pada 11 November ini bagi memberi laluan pilihan raya negeri (PRN) selepas tamatnya tempoh mandat yang diberikan selama lima tahun.

 

 

 

Artikel Berkaitan:

 

 

Ringkasan AI

  • Pertemuan antara Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dengan ADUN kerajaan dijadualkan jam 2 petang Isnin
  • Makluman majlis diberi melalui notis oleh Pengarah Media dan Komunikasi Suziannah Jiffar
  • Butiran lanjut tujuan pertemuan tidak dinyatakan
  • Khabar angin tentang pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah
  • DUN Sabah akan terbubar automatik pada 11 November untuk PRN selepas tamat tempoh lima tahun

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!