Hajiji bertemu Tun Musa di Istana Seri Kinabalu pagi ini

Hajiji mengadakan pertemuan dengan Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, pagi Isnin. Foto Awani
Hajiji mengadakan pertemuan dengan Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, pagi Isnin. Foto Awani
A
A
A

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman pada Isnin.

Kenderaan yang membawa Hajiji memasuki Istana Seri Kinabalu sekitar jam 8.51 pagi.

Menurut laporan Astro Awani, difahamkan pertemuan itu dijangka bagi mendapat persetujuan untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16.

DUN Sabah akan terbubar secara automatik pada 11 November ini, selaras dengan peruntukan Perlembagaan Negeri.

Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Kadzim M Yahya berkata demikian dalam sidang media di DUN Sabah pada Ogos lalu. - Awani

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman
  • Pertemuan berlangsung di Istana Seri Kinabalu
  • Pertemuan itu dijangka bagi mendapat persetujuan untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah
  • DUN Sabah akan terbubar secara automatik pada 11 November
  • Pembubaran DUN Sabah selaras dengan peruntukan Perlembagaan Negeri

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!