Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri tumpu usaha perkukuh kerjasama - PM

Anwar mempengerusikan Mesyuarat bersama Menteri Besar dan Ketua Menteri ke 147 di Putrajaya. Foto Facebook Anwar Ibrahim
Anwar mempengerusikan Mesyuarat bersama Menteri Besar dan Ketua Menteri ke 147 di Putrajaya. Foto Facebook Anwar Ibrahim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-147 di Putrajaya, pada Selasa.

Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar berkata, mesyuarat berkenaan menumpukan kepada usaha memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri khususnya dalam penyelarasan dasar serta pelaksanaan inisiatif pembangunan secara bersama.

"Diharap segala keputusan dan perancangan yang dibentuk akan membawa manfaat langsung kepada rakyat, terutamanya golongan yang memerlukan,” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-147 di Putrajaya, pada Selasa
  • Anwar berkongsi di Facebook tentang mesyuarat itu
  • Mesyuarat itu menumpukan pada usaha memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri
  • Ini termasuk penyelarasan dasar dan pelaksanaan inisiatif pembangunan bersama
  • Anwar berharap keputusan dan perancangan dari mesyuarat itu membawa manfaat kepada rakyat, terutamanya yang memerlukan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!