Gali terowong bawah tanah selama 9 hari demi rompak kedai emas

YANGON - Seorang lelaki berjaya memecah masuk sebuah kedai emas setelah menggali terowong bawah tanah selama sembilan hari.
MeKong News melaporkan rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan lelaki berpakaian hitam lengkap dengan lampu kepala melarikan emas seberat kira-kira empat kilogram pada 28 September lalu.
Suspek yang bekerja di tempat cuci kereta memberitahu polis dia banyak menghabiskan masa untuk menggali kecuali ketika hari hujan.
"Dia mulakan aktiviti penggalian pada 15 September. Dia mahukan kelainan daripada rompakan biasa yang biasanya melalui pintu masuk atau memanjat dinding," jelas laporan itu lagi.
Pelaku menjual kira-kira 551 gram emas tersebut dan sempat menggunakan wang hasil jualan itu untuk membeli telefon bimbit.
Tetapi, keseronokannya menjadi 'orang kaya baru' tidak bertahan lama setelah dia akhirnya ditahan pihak berkuasa pada 1 Oktober lalu. - Agensi
Ringkasan AI
- Seorang lelaki berhasil memecah masuk kedai emas melalui terowong bawah tanah yang digali dalam sembilan hari
- Rakaman CCTV menunjukkan lelaki itu melarikan emas seberat kira-kira empat kilogram
- Suspek, yang bekerja di tempat cuci kereta, menghabiskan masa menggali kecuali pada hari hujan
- Pelaku menjual 551 gram emas dan menggunakan wang hasil jualan untuk membeli telefon bimbit
- Suspek ditahan pihak berkuasa pada 1 Oktober
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

