Pelancong maut jatuh gunung selepas buka tali keselamatan untuk ambil gambar

A
A
A

CHENGDU– Seorang pelancong lelaki dari China maut terjatuh ketika mendaki Gunung Nama di wilayah Sichuan selepas dipercayai membuka tali keselamatan diapkai untuk merakam gambar.

Mangsa yang hanya dikenali dengan nama keluarga Hong dilaporkan terjatuh pada 25 September ketika mendaki puncak setinggi 5,588 meter itu, lapor Channel News Asia.

Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan mangsa tergelincir dan jatuh dari tebing gunung tersebut selepas membuka tali keselamatan.

Menurut laporan Red Star News, lelaki berusia lingkungan 30-an itu membuka pengikat keselamatan bagi mengambil gambar, namun ketika cuba berdiri semula, dia tersepak crampon (kasut berduri khas pendaki) lalu terjatuh ke bawah sejauh 100 hingga 200 meter.

Pihak berkuasa kini sedang menjalankan siasatan berhubung insiden berkenaan.

Seorang ahli keluarga memberitahu media bahawa mangsa baru pertama kali mencuba untuk mendaki Gunung Nama - Agensi.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang pelancong lelaki dari China maut terjatuh ketika mendaki Gunung Nama di wilayah Sichuan
  • Mangsa terjatuh selepas dipercayai membuka tali keselamatan yang dipakainya untuk merakam gambar
  • Mangsa dikenali dengan nama keluarga Hong jatuh pada 25 September ketika mendaki gunung setinggi 5,588 meter
  • Rakaman video menunjukkan mangsa tergelincir dan jatuh dari tebing setelah membuka pengikat keselamatan
  • Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan berhubung insiden tersebut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!