Penunggang basikal maut terjatuh ke landasan kereta api

IPOH - Penunggang basikal berusia 49 tahun maut selepas terjatuh dari jejantas motosikal setinggi 6.10 meter ke atas landasan kereta api di Kampung Pinang Seberang, Kamunting dekat Taiping pada Khamis.
Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada 2.10 petang.
"Mangsa mengalami kecederaan parah akibat hentakan pada bongkah batu dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata, operasi melibatkan sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kamunting, 12 anggota polis dan tiga petugas KKM tamat pada 3.30 petang. - Bernama
Ringkasan AI
- Penunggang basikal berusia 49 tahun maut selepas terjatuh dari jejantas motosikal di Kampung Pinang Seberang, Taiping
- Kejadian itu berlaku apabila mangsa jatuh ke atas landasan kereta api dari ketinggian 6.10 meter
- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak menerima panggilan kecemasan pada 2.10 petang
- Mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia oleh petugas KKM
- Operasi menyelamat melibatkan sembilan anggota BBP Kamunting, 12 anggota polis dan tiga petugas KKM tamat pada 3.30 petang
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
