Bantah kehadiran Trump: Ahli Parlimen Bachok mahu isu dibahas di Parlimen esok

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman menggesa Kerajaan Malaysia membatalkan jemputan kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk menghadiri Sidang Kemuncak Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) ke-47 yang dijadual berlangsung di ibu negara pada Oktober ini.
Mohd Syahir berkata, individu yang dijemput hadir ke ‘kenduri’ ini bukan pihak yang bertelagah, sebaliknya penjajah.
“Penjajah yang melindungi penjenayah perang. Penjajah dan penjenayah yang menjarah tanah, nyawa dan maruah saudara kita di bumi Palestin.
“Batalkan jemputan, tok. Ramai anak buah dan pembesar kabilah telah menyuarakan bantahan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Beliau turut mendesak agar perkara tersebut dibawa ke Parlimen untuk dibincangkan.
“Esok, 6 Oktober, ‘balai’ Parlimen akan dibuka. Mohon perkara ini dibawa, dibincang dan dibahas lumat.
“Batalkan jemputan, tok. Itu tindakan yang terhormat,” ujarnya.
Ringkasan AI
- ROSKHOIRAH YAHYA
- SHAH ALAM - Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman menggesa Kerajaan Malaysia membatalkan jemputan kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk menghadiri Sidang Kemuncak Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) ke-47
- Mohd Syahir berkata, individu yang dijemput datang 'kenduri' ini bukan pihak yang bertelagah, tetapi penjajah
- Penjajah yang melindungi penjenayah perang dan menjarah tanah, nyawa dan maruah saudara kita di bumi Palestin
- Beliau turut mendesak agar perkara tersebut dibawa ke Parlimen untuk dibincangkan
- Esok 6 Oktober, 'balai' Parlimen akan dibuka. Mohon perkara ini dibawa bincang dan dibahas lumat
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

