Covid-19: MBJB had waktu operasi perniagaan

Adib Azhari Daud
Adib Azhari Daud
A
A
A

JOHOR BAHRU - Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menetapkan aktiviti premis perniagaan hanya dibuka mengikut tempoh baharu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dalam usaha mengekang penyebaran koronavirus (Covid-19).

Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Adib Azhari Daud berkata, premis perniagaan yang dibenarkan sebelum ini seperti kedai makan, kedai serbaneka dan kedai runcit hanya dibuka dari jam 7 pagi hingga 7 malam.

"Bagi klinik swasta yang beroperasi 24 jam pula, waktu operasi yang dibenarkan adalah dari jam 8 pagi hingga 10 malam.

"Pasar borong pula dari jam 4 pagi hingga 3 petang manakala pasar awam dan pasar persendirian 7 pagi hingga 3 petang.

"Semua premis perniagaan tersebut diminta mematuhi arahan ini bermula hari ini hingga 31 Mac 2020 selaras dengan peruntukan kuasa MBJB di bawah Seksyen 72(1)(f), Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Artikel Berkaitan: