Penyakit jantung iskemik punca kematian pegawai kanan polis

Fariz Ammar Abdullah
Fariz Ammar Abdullah
A
A
A

PUTRAJAYA - Punca kematian seorang pegawai kanan selepas bersukan di persisiran tasik Jalan P18C, Presint 18 di sini pada Sabtu, adalah penyakit jantung iskemik (schemic heart disease).

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya menerima makluman berkaitan insiden itu pada jam 9 pagi.

"Mangsa berusia 50 tahun telah di bawa ke Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan.

"Bedah siasat telah selasai dijalankan dan punca kematian schemic heart disease due to coronary atherosclerosis," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Pada Sabtu, media melaporkan seorang pegawai polis dari Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman rebah ketika berjoging.

Menurut kenyataan JKDNKA, Allahyarham Asisten Komisioner Fariz Ammar Abdullah disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya.

"Allahyarham berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Perisikan dan Siasatan Khas (WCB/PSK) jabatan berkenaan.

"Beliau merupakan seorang pegawai yang berdedikasi, berdisiplin serta komited dalam menjalankan amanah dan bertanggungjawab," katanya.

Pengarah KDNKA, Datuk Seri Azmi Abu Kassim turut merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada ahli keluarga Allahyarham.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pegawai kanan meninggal dunia selepas joging akibat penyakit jantung iskemik
  • Kematian pada umur 50 tahun di Hospital Putrajaya setelah rebah ketika bersukan
  • Bedah siasat mengesahkan penyebab kematian adalah schemic heart disease due to coronary atherosclerosis
  • Allahyarham berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Perisikan dan Siasatan Khas di JKDNKA Bukit Aman
  • Pengarah KDNKA, Datuk Seri Azmi Abu Kassim, merakamkan ucapan takziah kepada keluarga

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!