Pegawai polis meninggal dunia selepas rebah ketika joging

PUTRAJAYA – Seorang pegawai polis dari Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman rebah ketika berjoging di sini, pada Sabtu.
Menurut kenyataan JKDNKA, Allahyarham Asisten Komisioner Fariz Ammar Abdullah, 50, disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya.
"Allahyarham berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Perisikan dan Siasatan Khas (WCB/PSK) jabatan berkenaan dan merupakan seorang pegawai yang berdedikasi, berdisiplin serta komited dalam menjalankan amanah dan bertanggungjawab," katanya.
Pengarah KDNKA, Datuk Seri Azmi Abu Kassim turut merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham atas pemergian tersebut.
“Bagi seluruh warga Jabatan KDNKA, saya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya.
Difahamkan, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Universiti Putra Malaysia Serdang pada Ahad.
Ringkasan AI
- Seorang pegawai polis KDNKA Bukit Aman rebah ketika berjoging di Putrajaya pada Sabtu
- Allahyarham Asisten Komisioner Fariz Ammar Abdullah, 50, disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya
- Berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Perisikan dan Siasatan Khas di KDNKA, dianggap sebagai pegawai yang berdedikasi dan komited
- Pengarah KDNKA, Datuk Seri Azmi Abu Kassim, merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham
- Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Universiti Putra Malaysia Serdang pada Ahad
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
