400 anggota polis ditugaskan dalam perhimpunan Sumud dan Mega Tolak URA

Sulizmie.
Sulizmie.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Seramai 400 pegawai dan anggota polis ditugaskan dalam perhimpunan Mega Tolak Pembaharuan Semula Bandar (URA) dan Himpunan Sumud Flotilla dan yang berlangsung di hadapan sebuah pusat beli-belah di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, pegawai dan anggota polis yang ditugaskan itu dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dengan bantuan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur serta Bukit Aman.

"Perhimpunan itu berakhir dengan keadaan terkawal tanpa sebarang insiden tidak diingini.

"Kita berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh penganjur serta peserta perhimpunan yang mematuhi arahan pihak berkuasa sepanjang program berlangsung," katanya ketika ditemui media di lokasi himpunan di sini pada Sabtu.

Sulizme turut menzahirkan penghargaan kepada semua petugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertugas sejak awal pagi bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terjamin.

"Perhimpunan ini berjalan dengan baik dan lancar. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana mendengar nasihat polis dan memastikan semua berjalan lancar,” katanya.

Sulizme berkata, pihaknya memohon maaf kepada orang ramai yang terjejas akibat penutupan beberapa jalan di sekitar Kuala Lumpur yang dilakukan secara berperingkat bagi memberi laluan kepada perarakan peserta himpunan.

“Kita faham penutupan itu mungkin terkesan terhadap pengguna jalan raya," katanya.

Menurut beliau, kira-kira 1,600 hingga 1,800 peserta hadir menyertai perhimpunan itu yang bermula pada jam 2 petang.

Artikel Berkaitan:

“Tiada sebarang insiden atau provokasi berlaku sepanjang perhimpunan. Semuanya berjalan dalam keadaan aman dan terkawal,” katanya.

Mengulas mengenai kandungan ucapan yang disampaikan semasa perhimpunan, beliau memaklumkan bahawa polis akan meneliti semula rakaman bagi memastikan tiada unsur melibatkan isu 3R (agama, kaum dan institusi diraja).

“Kita akan meneliti rakaman ucapan dan sekiranya ada pelanggaran undang-undang, siasatan akan dijalankan,” katanya.

Ringkasan AI

  • Seramai 400 pegawai dan anggota polis ditugaskan untuk mengawal perhimpunan Mega Tolak Pembaharuan Semula Bandar dan Himpunan Sumud Flotilla
  • Perhimpunan berlangsung dengan aman dan terkawal tanpa sebarang insiden tidak diingini
  • Ketua Polis Daerah Dang Wangi memuji kerjasama penganjur dan peserta yang mematuhi arahan
  • Maaf dipohon kepada orang ramai akibat penutupan jalan di sekitar Kuala Lumpur
  • Kira-kira 1,600 hingga 1,800 peserta hadir menyertai perhimpunan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!