Takaichi bakal jadi PM wanita pertama Jepun

Sanae Takaichi. Foto AFP
Sanae Takaichi. Foto AFP
A
A
A

TOKYO - Sanae Takaichi, tokoh konservatif yang tegas terhadap China mencipta sejarah apabila memenangi pemilihan sebagai Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) pada Sabtu, sekali gus meletakkannya di landasan untuk menjadi Perdana Menteri wanita pertama negara itu.

Takaichi, 64, kini memikul tanggungjawab besar untuk mengembalikan kekuatan parti pemerintah yang semakin merosot sokongan rakyat selepas beberapa siri kegagalan politik dan ekonomi.

Beliau menewaskan pencabarnya, Shinjiro Koizumi, 44, dalam pusingan penentuan undi parti yang berlangsung sengit. Koizumi, anak kepada bekas Perdana Menteri Jepun, sebelum ini dilihat sebagai calon pilihan generasi muda kerana imejnya yang moden dan berkarisma.

Takaichi dijangka disahkan sebagai Perdana Menteri kelima Jepun dalam tempoh lima tahun apabila Parlimen mengadakan undian rasmi pada minggu bermula 13 Oktober ini.-Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Sanae Takaichi mencipta sejarah sebagai Presiden Parti Liberal Demokratik Jepun
  • Beliau berpeluang menjadi Perdana Menteri wanita pertama Jepun
  • Takaichi mengalahkan Shinjiro Koizumi dalam perebutan ketat
  • Kemenangannya membawa tanggungjawab besar memulihkan sokongan rakyat kepada parti
  • Diangkat menjadi Perdana Menteri melalui undian Parlimen pada minggu bermula 13 Oktober

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!