Di mana Nur Atiqah Farhah?

Nur Atiqah Farhah
Nur Atiqah Farhah
A
A
A

KAJANG – Polis meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang dari sebuah sekolah menengah di sini sejak 26 September lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan, Nur Atiqah Farhah Abdullah pada jam 5.57 petang Jumaat.

"Berdasarkan maklumat, Nur Atiqah Farhah dilaporkan kali terakhir dilihat di sekolah berkenaan.

"Remaja itu, berketinggian kira-kira 159 sentimeter, berat 45 kilogram, pakaian terakhir, baju sekolah warna putih, kain biru, tudung putih serta membawa beg hitam," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Naazron berkata, mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai remaja perempuan terbabit supaya tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Mohd Zamri Mohd Nor di talian 0102848761.

"Maklumat juga boleh disalurkan terus kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-89114222," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Polis meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan remaja perempuan berusia 15 tahun yang hilang dari sekolah menengah di Kajang sejak 26 September
  • Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof mengumumkan kehilangan Nur Atiqah Farhah Abdullah
  • Nur Atiqah Farhah dilaporkan kali terakhir dilihat di sekolah berkenaan dengan pakaian sekolah warna putih, kain biru, tudung putih dan membawa beg hitam
  • Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Mohd Zamri Mohd Nor atau Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang
  • Naazron menyatakan Nur Atiqah Farhah mempunyai ketinggian kira-kira 159 sentimeter dan berat 45 kilogram

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!