Komitmen kemanusiaan: Dari PERKESO ke Palestin

No Image Caption
A
A
A

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ISSA kerana telah menjadikan Kuala Lumpur sebagai ibu kota global bagi keselamatan sosial sepanjang minggu lalu.

Ini adalah suatu penghormatan yang amat kami hargai dan akan terus kami junjung.

Kepada para delegasi, saya berharap Kuala Lumpur telah memberikan ruang dan peluang untuk perbincangan yang berimpak.

Misi anda amat penting demi melindungi manusia dan maruah di seluruh dunia. Apa sahaja yang kita lakukan di sini akan memberi kesan nyata, melangkaui dewan ini, menyentuh berbilion nyawa dan menentukan sama ada mereka hidup dengan perlindungan atau tanpa.

Kita tidak menjaga maruah dengan senjata atau bom, tetapi dengan dasar sosial yang berakar pada keyakinan bahawa setiap insan, tak kira lelaki atau wanita, muda dan tua, tanpa mengira warna kulit serta pegangan, sihat atau berkeperluan khas - berhak kepada kehidupan yang bermaruah.

Ketika saya mula-mula memegang jawatan ini 22 bulan lalu, saya menziarahi seorang ibu yang berduka kerana anak lelakinya yang masih muda telah meninggal dunia akibat kemalangan di tempat kerja.

Sewaktu saya menyerahkan pencen bulanan PERKESO kepadanya, saya berkata: "Saya amat bersimpati atas kehilangan anak puan. Tiada ibu bapa yang sepatutnya melalui tragedi sebegini. Tetapi walaupun anak puan sudah tiada, dia tetap akan menjaga puan, tetap melindungi puan sepanjang hayat melalui pencen PERKESO ini."

Dan saya tidak akan lupa kata-kata ibu itu kepada saya. Katanya, pesanan terakhir anaknya sebelum kemalangan adalah: “Ma, saya lapar.”

Saya juga seorang bapa dan saya yakin tiada ayah atau ibu apabila mendengar kata-kata sebegini daripada anak mereka yang tidak tersentuh hati.

Artikel Berkaitan:

Beliau segera memasak makanan kegemaran anaknya, menunggu penuh harapan untuk kepulangannya.

Namun dia tidak pernah pulang. Dan tidak akan pulang.

Hati saya hancur. Hari itu saya diingatkan dengan jelas sekali lagi: apa yang kita putuskan dalam bilik-bilik seperti ini memberi kesan nyata.

Kita berada dalam amanah melindungi manusia dan maruah, memastikan pekerja kita selamat.

Inilah komitmen saya sebagai seorang menteri.

Namun hati nurani saya juga mendesak untuk bersuara tentang mereka yang tidak selamat pada malam ini, bukan kerana kemalangan, tetapi kerana mereka ditahan, kebebasan dirampas, maruah dipijak.

Seramai 34 rakyat Malaysia adalah antara jiwa-jiwa berani di atas Global Sumud

Flotilla, yang ditawan ketika misi kemanusiaan mereka ke Gaza, Palestin:

1. Musa Al-Nuwayri - Mesti dibebaskan!

2. Zizi Kirana - Mesti dibebaskan!

3. Iylia Balqis - Mesti dibebaskan!

4. Sul Aidil - Mesti dibebaskan!

5. Haikal Abdullah - Mesti dibebaskan!

6. Muaz Zainal - Mesti dibebaskan!

7. Zulfadhli Khiruddin - Mesti dibebaskan!

8. Rusydi Ramli - Mesti dibebaskan!

9. Heliza Helmi - Mesti dibebaskan!

10. Hazwani Helmi - Mesti dibebaskan!

11. Farah Lee - Mesti dibebaskan!

12. Danish Nazran - Mesti dibebaskan!

13. Norhelmi - Mesti dibebaskan!

14. Azman Ishak - Mesti dibebaskan!

15. Ustaz Mad Kecik - Mesti dibebaskan!

16. Asmawi Mukhtar - Mesti dibebaskan!

17. Ardell Aryana - Mesti dibebaskan!

18. Zainal Rashid - Mesti dibebaskan!

19. Haikal Zulkefli - Mesti dibebaskan!

20. Dr Taufiq Razif - Mesti dibebaskan!

21. Haroq - Mesti dibebaskan!

22. Rahmat Ikhsan - Mesti dibebaskan!

23. Razali Awang - Mesti dibebaskan!

Dunia mesti bersatu menghentikan kekejaman gila ini.

Bebaskan Flotilla!

Bebaskan Gaza!

Bebaskan Palestin!

 

Menteri Sumber Manusia,

YB Steven Sim

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!