Turkiye lancar siasatan insiden flotilla dipintas Israel

ANKARA - Ketua Pejabat Pendakwa Raya Istanbul pada Khamis mengumumkan ia telah membuka siasatan selepas Israel menahan sejumlah rakyat Turkiye yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF).
"Fokus siasatan itu adalah serangan yang dilakukan tentera laut Israel di perairan antarabangsa," ujarnya dalam satu kenyataan.
Ia turut merujuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut untuk meneliti jenayah dilakukan Zionis yang menerima gelombang kecaman komuniti antarabangsa.
Sementara itu, media tempatan melaporkan seramai 30 warga Turkiye diberkas dan akan dihantar pulang ke Eropah.
Pada Rabu, Kementerian Luar di Ankara yang cuba mengimbau semula detik hitam serangan ganas ke atas kapal Mavi Marmara pada 2010 bertindak mengecam tindakan keganasan dilakukan Zionis selepas flotilla yang membawa delegasi dari puluhan negara termasuk Malaysia itu dipintas sejurus ia memasuki zon merah.
"Kami berharap ia tidak akan menjejaskan usaha untuk mencapai gencatan senjata di Genting Gaza," tegasnya. - Agensi
Ringkasan AI
- Ketua Pejabat Pendakwa Raya Istanbul mengumumkan siasatan selepas Israel menahan rakyat Turkiye dalam misi Global Sumud Flotilla
- Fokus siasatan pada serangan tentera laut Israel di perairan antarabangsa
- Menggunakan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut untuk meneliti jenayah
- Media tempatan melaporkan seramai 30 warga Turkiye diberkas dan akan dihantar pulang ke Eropah
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

