X

Kindly register in order to view this article
!

Hilang selera, deria bau simptom Covid-19 baharu

Gambar hiasan. - Foto 123RF
A
A

PAKAR-PAKAR menyifatkan kehilangan selera makan dan deria bau menjadi antara gejala penyakit wabak koronavirus (Covid-19) bagi pesakit yang tidak mempunyai simptom demam atau batuk.

Persatuan Otorinolaringologi British mengatakan bahawa ia tanda-tanda baharu yang mungkin dipamerkan pesakit asimtomatik (orang yang tidak mempunyai demam atau batuk).

Mereka yang memiliki gejala ini juga perlu mengasingkan diri untuk mengurangkan penyebaran virus tersebut.

Pesakit berkemungkinan akan melalui proses sebagaimana berikut:

Hari pertama

Pesakit mengalami demam dan keletihan, sakit otot dan batuk kering.

Sebahagian kecil mereka turut mengalami cirit-birit atau mual satu hingga dua hari.

Hari kelima

Pesakit yang lebih berusia atau mempunyai masalah kesihatan berkemungkinan akan mengalami kesukaran untuk bernafas (dyspnea).

Gejala ini akan berlaku selepas dua hingga 14 hari selepas mengalami simptom demam, batuk dan sesak nafas.

Hari ketujuh

Pada masa ini pesakit yang menunjukkan tanda-tanda keletihan akibat dyspnea perlu dimasukkan ke hospital dan mendapatkan perhatian perubatan sekiranya keadaannya berterusan sehingga menyebabkan bibir atau wajah mereka kebiruan.

Hari kelapan

Pesakit yang mengalami kes-kes yang teruk akan menunjukkan tanda-tanda sindrom kesukaran pernafasan akut (ARDS) pada masa ini, di mana paru-paru tidak dapat memberikan oksigen yang mencukupi kepada organ penting badan.

Hari kesepuluh

Pesakit akan mengalami masalah pernafasan yang lebih teruk dan perlu dimasukkan ke unit penjagaan rapi.

Hari kedua belas

Pada tahap ini demam akan mula berkurangan, bagaimanapun pesakit akan mengalami batuk yang lebih lama.

*Analisis yang dilakukan Public Health England berdasarkan kes yang berlaku di Hospital Jinyintan dan Hospital Pulmonari Wuhan selepas 29 Disember dan 31 Januari.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!