17 rakyat Malaysia ditahan, enam terputus hubungan

SEPANG - Seramai 17 rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) disahkan dipintas tentera Israel di perairan Gaza setakat jam 2 petang Khamis.
Menerusi paparan skrin perkembangan kapal delegasi Malaysia di Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), lima individu terbaharu ialah Haroqs, Dr Taufiq dan Haikal yang menaiki kapal Free Willy manakala dua lagi ialah Zainal Rashid Ahmad dan Ustaz Mad Abdullah (kapal Fair Lady).
Selain itu, turut disahkan enam rakyat Malaysia terputus hubungan dan terbaharu ialah Razali Awang yang menaiki kapal Inana.
Perkembangan terbaharu ini menjadikan jumlah kapal yang dipintas tentera Israel sebanyak tujuh buah termasuk Alma, Sirius, Huga, Grande Blu, Hio dan Free Willy.
Terdahulu Sinar Harian melaporkan, 12 sukarelawan yang ditahan itu sempat berkongsikan hantaran mesej SOS kecemasan di media sosial Sumud Nusantara.
Jumlah keseluruhan rakyat Malaysia yang terlibat dalam misi kemanusiaan itu ialah seramai 23 orang.
Ringkasan AI
- Seramai 17 rakyat Malaysia menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla dipintas tentera Israel di perairan Gaza
- Lima individu terbaharu termasuk Haroqs, Dr Taufiq, dan Haikal
- Enam rakyat Malaysia terputus hubungan termasuk Razali Awang
- Jumlah kapal yang dipintas tentera Israel adalah tujuh buah
- Jumlah keseluruhan rakyat Malaysia yang terlibat adalah 23 orang
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
