[VIDEO] 'Adik sayang mak' - Ibu anggota tentera maut trak jatuh gaung


Itulah ungkapan masih terngiang-ngiang di telinga Zuraidah Ismail, 59, ibu kepada Koperal Mohd Ruzaini Md Shariff, 32, yang terkorban dalam kemalangan di Terowong Menora pada Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/750550/edisi/utara/adik-sayang-mak---ibu-anggota-tentera-maut-trak-jatuh-gaung

Muzik: Dissolved in Loneliness - Veance D oleh Bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #TenteraMaut #TrakJatuhGaung">
A
A
A

KUALA KETIL - "Adik sayang mak".

Itulah ungkapan masih terngiang-ngiang di telinga Zuraidah Ismail, 59, ibu kepada Koperal Mohd Ruzaini Md Shariff, 32, yang terkorban dalam kemalangan di Terowong Menora pada Rabu.

Gambar Mohd Ruzaini (dua dari kiri) bersama keluarga yang sempat dirakam sebelum ini.
Gambar Mohd Ruzaini (dua dari kiri) bersama keluarga yang sempat dirakam sebelum ini.

Menurutnya, kata-kata tersebut diluahkan anak bongsu lima beradik itu ketika kali terakhir singgah ke rumahnya di Taman Permai Jaya di sini minggu lalu.

"Dia singgah sekejap dan sempat jamah sikit makanan. Bila nak balik hati sedih. Tanya dia, adik marah mak ke? Tak, dia kata adik tak marah mak pun, sayang mak, dia peluk, dia pesan mak jangan lupa makan ubat.

"Nanti nak pesan ke abah Jangan marah-marah mak, dia kata macam itulah. Peluk, nangis, dia kata mak jangan nangis, adik nak pergi kerja ni," ujarnya sebak ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kampung Baharu di sini pada Khamis.

Zuraidah
Zuraidah

Zuraidah dimaklumkan, Mohd Ruzaini juga telah meninggalkan pesanan buat anak sulungnya berusia 11 tahun sebelum kejadian.

"Tak sangka dia cakap macam itu, rupanya dia nak pergi, dia pesan ke anak dia, sebelum pergi kerja hari sebelum kejadian, pagi itu dia kata abang, jaga ibu ya jaga adik-adik, dengar cakap ibu. Lepas itu dia pergilah, " kongsinya.

Zuraidah berkata, Mohd Ruzaini seorang anak yang baik dan manja biarpun sudah beristeri dan mempunyai empat anak.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, kemalangan berlaku ketika hujan lebat apabila trak tentera yang dinaiki mangsa dilaporkan sedang menuruni laluan berbukit berhampiran Terowong Menora sebelum hilang kawalan lalu terbabas.

Bapa Allahyarham, Md Shariff Hashim, 68, dibantu anak ketiga, Mohd Shuhaimi menyiram air di pusara Mohd Ruzaini.
Bapa Allahyarham, Md Shariff Hashim, 68, dibantu anak ketiga, Mohd Shuhaimi menyiram air di pusara Mohd Ruzaini.

Dalam kejadian itu, Mohd Ruzaini yang duduk di bahagian penumpang belakang disahkan meninggal dunia manakala enam yang lain termasuk pemandu cedera.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Heisham Harun berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian kira-kira jam 5.20 petang sebelum sepasukan anggota polis bersama pasukan bomba dan penyelamat digerakkan ke lokasi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati trak milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dinaiki tujuh anggota hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu kiri jalan.

Keadaan itu mengakibatkan kenderaan tersebut terbalik dan terjunam ke dalam gaung sedalam enam meter.

Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ringkasan AI

  • Koperal Mohd Ruzaini Md Shariff terkorban dalam kemalangan selepas Terowong Menora
  • Mohd Ruzaini juga meninggalkan pesanan pada anak sulungnya untuk menjaga ibu dan adik-adik
  • Dilaporkan kemalangan itu berlaku ketika trak tentera yang beliau naiki hilang kawalan disebabkan hujan lebat
  • Mohd Ruzaini meninggal dunia manakala enam yang lain cedera dalam kejadian tersebut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!