Prestasi turun naik Aaron-Wooi Yik lumrah pemain elit

Keletihan berikutan jadual padat disifatkan faktor prestasi turun naik Aaron-Wooi Yik. Foto: Agensi
Keletihan berikutan jadual padat disifatkan faktor prestasi turun naik Aaron-Wooi Yik. Foto: Agensi
A
A
A

KEMEROSOTAN prestasi jaguh beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, bukan berpunca daripada masalah luar gelanggang seperti diperkatakan sesetengah pihak.

Sebaliknya, ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi, menjelaskan faktor utama yang mengekang aksi gandingan nombor dua dunia itu adalah keletihan ekoran jadual kejohanan yang terlalu padat sejak Kejuaraan Dunia di Paris, Ogos lalu.

“Memang betul prestasi mereka menurun selepas Kejuaraan Dunia. Rehat tidak cukup, latihan pun terhad kerana jadual kejohanan terlalu rapat. Mereka hanya sempat beberapa hari berehat sebelum beraksi di Terbuka Hong Kong.

Jadi, kondisi memang tidak berada pada tahap terbaik, itu kita kena akui,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM).

Sementara itu, Herry turut menolak dakwaan wujud gangguan peribadi yang menjejaskan fokus pasangan berkenaan, sebaliknya memberi amaran bahawa keutamaan utama ketika ini ialah memastikan pemain tidak terdedah kepada risiko kecederaan.

“Apabila kejohanan terlalu padat dan rehat tidak mencukupi, risiko paling besar ialah pemain cedera. Itu yang paling kita bimbangkan,” jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • KEMEROSOTAN prestasi Aaron Chia-Soh Wooi Yik bukan disebabkan masalah luar gelanggang
  • Keletihan akibat jadual kejohanan yang padat sejak Kejuaraan Dunia di Paris adalah faktor utama
  • Rehat yang tidak cukup dan latihan terhad membuat kondisi mereka tidak pada tahap terbaik
  • Herry Iman Pierngadi menolak dakwaan gangguan peribadi mempengaruhi fokus gandingan tersebut
  • Keutamaan utama adalah mencegah risiko kecederaan akibat jadual kejohanan yang padat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!