Guna Setel pengisian petrol jadi cepat, selamat

Tinjauan mendapati pengguna lebih selesa guna aplikasi berkenaan

Anggota Tentera, Koperal Hilmi Azlan,29, menunjukkan aplikasi Setel pada pelaksanaan BUDI MADANI RON95 (BUDI95) di Stesen Minyak Petronas, Setiawangsa, Sabtu lalu.
Anggota Tentera, Koperal Hilmi Azlan,29, menunjukkan aplikasi Setel pada pelaksanaan BUDI MADANI RON95 (BUDI95) di Stesen Minyak Petronas, Setiawangsa, Sabtu lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Tidak mahu beratur di kaunter merupakan faktor utama pengguna memilih sistem pembayaran mudah alih, pantas dan selamat menerusi aplikasi Setel Ventures Sdn Bhd (Setel) bagi menuntut subsidi petrol RON95 di bawah program Budi Madani RON95 (BUDI95) yang bermula Sabtu lalu.

Tanpa perlu ke kaunter, pengesahan MyKad boleh dilakukan di terminal pam stesen minyak Petronas bagi menikmati subsidi petrol RON95.
Tanpa perlu ke kaunter, pengesahan MyKad boleh dilakukan di terminal pam stesen minyak Petronas bagi menikmati subsidi petrol RON95.

Tinjauan Sinar Harian mendapati pengguna lebih selesa menggunakan aplikasi itu sambil dibantu oleh kakitangan stesen minyak berbanding pengesahan menerusi MyKad dan menyentuh kad debit atau kredit bagi transaksi pembelian petrol.

Penjawat awam, M Pathmanathan, 41, berkata, aplikasi Setel dipilih sebagai medium pembayaran sejak dua tahun lalu kerana penggunaannya yang mudah dan cepat melalui telefon bimbit tanpa perlu membawa kad fizikal ke kaunter.

Pathmanathan menggunakan aplikasi Setel untuk pengisian petrol dengan mudah.
Pathmanathan menggunakan aplikasi Setel untuk pengisian petrol dengan mudah.

“Dengan inisiatif BUDI95 yang menetapkan kuota bulanan 300 liter, saya boleh semak bila-bila masa baki petrol yang boleh diisi berbanding penggunaan MyKad yang mana ia tertera pada resit.

“Kelebihan itulah membolehkan saya merancang penggunaan bahan api sekali gus membantu menguruskan kewangan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Pathmanathan berkata, sebagai pengguna setia, dia juga dapat mengumpul dan menebus mata ganjaran secara digital dengan pelbagai hadiah serta diskaun eksklusif.

Pegawai polis, Mohd Zamri Muhamad Azrain, 46, memilih untuk memuat turun aplikasi Setel pada hari pertama pelaksanaan tuntutan subsidi petrol RON95, Sabtu lalu.

“Saya fikir tidak mahu sesak di kaunter stesen minyak sebab itu saya muat turun aplikasi ini dan hari ini pertama kali cuba, sangatlah mudah dan efisien.

Pengesahan MyKad boleh dilakukan di terminal pam stesen minyak Petronas.
Pengesahan MyKad boleh dilakukan di terminal pam stesen minyak Petronas.

“Inisiatif kerajaan ini dilihat benar-benar membantu golongan B40 untuk terus dapat manfaat dan diharapkan program ini dapat dikekalkan bagi meringankan beban rakyat,” ujarnya.

Peniaga, Noor Azly Wan Chik, 60, pula berkata, aplikasi Setel menjadi pilihan utama setelah memuat naik di telefon bimbitnya.

Noor Azly
Noor Azly

“Minyak Petronas menjadi pilihan saya dan setiap kali pembelian, saya hanya ‘wave’ kad debit di terminal pam atau bayar secara tunai,” katanya.

Berkaitan inisiatif BUDI95, Noor Azly berkata, sistem yang ada kini sudah memadai selain pemantauan berkala dilakukan bagi mengelakkan sebarang gangguan.

Ringkasan AI

  • Tidak mahu beratur di kaunter merupakan faktor utama pengguna memilih aplikasi Setel untuk sistem pembayaran mudah alih dalam program Budi Madani RON95.
  • Aplikasi Setel memungkinkan pengguna untuk mengelak dari menggunakan kad fizikal dan menyentuh kad debit atau kredit semasa transaksi
  • BUDI95 membolehkan pengguna aplikasi Setel untuk memantau kuota bulanan 300 liter petrol, memudahkan perancangan penggunaan bahan api
  • Pengguna aplikasi Setel dapat mengumpul dan menebus mata ganjaran secara digital dengan pelbagai hadiah dan diskaun eksklusif
  • Inisiatif kerajaan dengan aplikasi Setel diharapkan dapat meringankan beban rakyat, terutamanya golongan B40, dalam mendapatkan subsidi petrol RON95

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!