Piala Dunia 2026: FIFA terus terima tekanan gesa haramkan Israel

Tekanan terhadap FIFA dan UEFA semakin meningkat sejak konflik Israel-Palestin kembali memuncak pada Oktober 2023.
Tekanan terhadap FIFA dan UEFA semakin meningkat sejak konflik Israel-Palestin kembali memuncak pada Oktober 2023.
A
A
A

DESAKAN terhadap Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) supaya menggantung penyertaan Israel ke Piala Dunia 2026 semakin memuncak apabila Sepanyol mengugut untuk memboikot kejohanan itu jika Israel layak beraksi.

Menurut laporan SportBible.com, tekanan terhadap FIFA dan Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) semakin meningkat sejak konflik Israel-Palestin kembali memuncak pada Oktober 2023, dengan Amnesty International turut menggesa tindakan penggantungan diambil.

Bagaimanapun, mesyuarat Majlis FIFA di Zurich pada Khamis ini dilaporkan tidak memasukkan isu Israel dalam agenda rasmi, sekali gus memastikan tiada sebarang undian dapat dijalankan bagi memenuhi tuntutan itu.

Timbalan Presiden FIFA yang juga Presiden CONCACAF, Victor Montagliani berkata kedudukan Israel adalah di bawah tanggungjawab UEFA dan bukannya FIFA.

“Pertama sekali, Israel adalah ahli UEFA.

"Sama seperti saya berurusan dengan ahli dalam rantau saya, mereka perlu menguruskan hal itu,” katanya kepada SportBible.com ketika menghadiri sidang persidangan perniagaan sukan pada Rabu.

Sementara itu, laporan media antarabangsa itu turut mendedahkan beberapa tokoh kanan UEFA sebelum ini berusaha mengadakan mesyuarat jawatankuasa eksekutif bagi membincangkan isu larangan penyertaan Piala Dunia 2026 terhadap Israel.

Bagaimanapun, rancangan itu ditangguhkan selepas pengumuman pelan damai oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • DESAKAN terhadap FIFA supaya menggantung penyertaan Israel ke Piala Dunia 2026 meningkat dengan Sepanyol mengugut boikot
  • Tekanan terhadap FIFA dan UEFA meningkat sejak konflik Israel-Palestin memuncak pada Oktober 2023
  • Mesyuarat Majlis FIFA di Zurich tidak memasukkan isu Israel dalam agenda rasmi
  • Victor Montagliani menyatakan kedudukan Israel adalah di bawah tanggungjawab UEFA
  • Rancangan mesyuarat jawatankuasa eksekutif UEFA untuk bincangkan isu Israel ditangguhkan selepas pengumuman pelan damai Trump-Netanyahu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!