Kanak-kanak 7 tahun parah dipukul bapa saudara dengan tukul

BACHOK – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun parah selepas dipercayai dipukul dengan tukul oleh bapa saudaranya di sebuah rumah kedai di Jalan Kedai Jelawat, di sini pada Khamis.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, kanak-kanak terbabit mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan kini dalam keadaan kritikal.
Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohd Azrie Sulaiman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang lelaki yang memaklumkan berhubung kejadian itu.
“Hasil siasatan awal mendapati suspek dipercayai memukul mangsa menggunakan tukul di rumahnya sendiri.
“Mangsa dipercayai anak saudara kepada suspek,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Bachok untuk rawatan lanjut.
“Keadaan mangsa sangat kritikal,” katanya.
Ringkasan AI
- Kanak-kanak lelaki tujuh tahun parah dipukul dengan tukul oleh bapa saudaranya Kejadian berlaku di rumah kedai Jalan Kedai Jelawat, Bachok Mangsa mengalami kecederaan serius di kepala dan kini kritikal Polis menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu Kanak-kanak dibawa ke Hospital Bachok untuk rawatan lanjut
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!


