MetMalaysia keluarkan nasihat Lekukan Tropika

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Rabu mengeluarkan nasihat Lekukan Tropika (a) pada 8 pagi yang dikesan berlaku pada latitud 14.4 utara dan longitud 131.8 timur kira-kira 787 kilometer ke timur laut Samar Island, Filipina.
Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Nasional MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan ribut itu bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan 20 kilometer sejam (km/j) serta kelajuan angin maksimum 56 km/j.
Menurut kenyataan itu, jarak Lekukan Tropika (a) dari bandar terdekat adalah kira-kira 1,780 km ke Timur laut Sandakan, Sabah.
MetMalaysia memaklumkan tiada kesan signifikan terhadap Malaysia. - Bernama
Ringkasan AI
- Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan nasihat Lekukan Tropika pada 8 pagi
- Lekukan Tropika berlaku pada latitud 14.4 utara dan longitud 131.8 timur
- Berada kira-kira 787 kilometer ke timur laut Samar Island, Filipina
- Bergerak barat laut dengan kelajuan 20 kilometer sejam
- Tiada kesan signifikan terhadap Malaysia
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
