Mayat reput bawah jambatan di Bangkok, organ hilang

Mayat reput ditemui bawah jambatan di Bangkok Foto Khaosod
Mayat reput ditemui bawah jambatan di Bangkok Foto Khaosod
A
A
A

BANGKOK – Polis Thailand menemui mayat seorang lelaki warga emas berusia 72 tahun dalam keadaan reput di bawah sebuah jambatan di Daerah Thung Khru pada Khamis lalu.

Menurut laporan Khaosod News, bahagian atas dan bawah badan mangsa ditemui terpisah kira-kira tiga meter antara satu sama lain, selain beberapa organ dalaman turut hilang.

Mangsa dikenali sebagai Chusak, dilaporkan telah tinggal di kawasan berkenaan sejak satu hingga dua tahun lalu.

Adik mangsa memaklumkan, si mati lebih gemar tinggal di luar rumah walaupun sebelum ini pernah diganggu sekumpulan remaja yang membakar pakaiannya.

“Punca kematian agak meragukan memandangkan dia pernah diganggu sebelum ini,” katanya dipetik laporan itu.

Polis Thailand menemui mayat seorang lelaki berusia 72 tahun dalam keadaan reput di bawah sebuah jambatan di Daerah Thung Khru pada Khamis lalu. Foto Khaosod
Polis Thailand menemui mayat seorang lelaki berusia 72 tahun dalam keadaan reput di bawah sebuah jambatan di Daerah Thung Khru pada Khamis lalu. Foto Khaosod

Seorang penduduk tempatan, Phueng berkata, dia melihat lelaki berkenaan dalam keadaan lemah di bawah jambatan pada Ahad lalu, namun menolak apabila diminta mendapatkan rawatan kesihatan.

Wanita itu yang sering memberinya makanan turut mendakwa ada pihak menyalakan api di kawasan berkenaan untuk menghalangnya tidur di situ.

Artikel Berkaitan:

Selepas kejadian itu, mangsa hanya berbaring di atas kotak kadbod dan tikar yang diberikan oleh Phueng.

Bagaimanapun, penduduk percaya lelaki berkenaan meninggal dunia akibat sakit dan tidak disakiti mana-mana pihak.

Polis bersama pasukan forensik Hospital Siriraj serta anggota penyelamat kemudian melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian.

Difahamkan, sebahagian tubuh mangsa mungkin rosak akibat dimakan biawak di kawasan tersebut.

Mayat dihantar ke hospital untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga bagi upacara keagamaan.

Ringkasan AI

  • Polis Thailand menemukan mayat seorang lelaki warga emas berusia 72 tahun dalam keadaan reput di bawah jambatan di Daerah Thung Khru
  • Bahagian atas dan bawah badan mangsa ditemui terpisah dan beberapa organ dalaman hilang
  • Mangsa, dikenali sebagai Chusak, telah tinggal di kawasan berkenaan sejak satu hingga dua tahun lalu
  • Adik mangsa menyatakan si mati lebih gemar tinggal di luar walaupun pernah diganggu oleh sekumpulan remaja
  • Polis bersama pasukan forensik melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian dan sebahagian tubuh mangsa mungkin rosak akibat dimakan biawak

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!