Trump kongsi video teori konspirasi 'hospital penyembuh'

Trump memadamkan video itu selepas ia menjadi tular.
Trump memadamkan video itu selepas ia menjadi tular.
A
A
A

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sekali lagi mencetuskan kontroversi pada Isnin selepas beliau berkongsi video janaan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang menjanjikan akses 'hospital penyembuh' kepada rakyat negara itu.

Klip yang didakwa sebagai deepfake itu dimuat naik pada platform Truth Social pada Sabtu lalu dan kemudiannya dipadamkan setelah ia menghidupkan semula teori konspirasi tentang hospital canggih atau MedBed tersebut yang pada hakikatnya tidak wujud.

Teori itu dikatakan popular dalam kalangan sayap kanan dan gerakan konspirasi QAnon yang merujuk kepada alatan perubatan dilengkapi teknologi futuristik yang didakwa boleh menyembuhkan pelbagai penyakit termasuk barah.

Susulan perkongsian Trump, satu pautan kini tular yang membawa pengguna ke laman menawarkan memorabilia kad emas 'Trump MedBed' dijual pada harga antara AS$599 (RM2,519) dan AS$4,999 (RM21,030).

Sementara itu, felo kanan di kumpulan pemerhati, Media Matters menerusi platform X berkata, teknologi MedBed akan menjadi kemajuan terbesar dalam bidang perubatan jika ia benar-benar wujud.

"Trump sepatutnya menerangkan mengapa beliau menggunakan saluran mengumumkan dasar utama untuk berkongsi tentang MedBed dan kemudian memadamkannya tanpa sebab jelas," ujarnya. - AFP

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkongsi video AI yang menjanjikan 'hospital penyembuh' Video tersebut mendakwa tentang teknologi MedBed yang tidak wujud dan menghidupkan teori konspirasi Teori konspirasi populer di kalangan sayap kanan dan gerakan QAnon, mendakwa teknologi futuristik yang boleh menyembuhkan penyakit Video itu menyebabkan penyebaran tautan menjual memorabilia 'Trump MedBed' pada harga AS$599 hingga AS$4,999 Media Matters menyatakan MedBed akan menjadi kemajuan terbesar dalam perubatan jika benar wujud, mempertanyakan tindakan Trump berkongsi dan memadam video tersebut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!