Mayat ditemukan bersama motosikal dalam parit dipercayai warga emas hilang

IPOH - Mayat seorang wanita dipercayai warga emas yang hilang sejak 8 September lepas ditemukan bersama sebuah motosikal di dalam parit di tepi jalan Kampung Tanjung Lengkong, Rantau Panjang, Selama pagi Selasa.
Ketua Polis Daerah Selama, Superintenden Sarudin Samah berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang operator jengkaut yang sedang bekerja di kawasan itu pada jam 11.45 pagi.
"Ketika pengadu menjalankan kerja pembersihan bahu jalan di kawasan berkenaan telah ternampak sebuah motosikal di dalam parit, setelah memeriksa mendapati ada mayat dalam keadaan reput berhampiran motosikal berkenaan.
"Semakan rekod pendaftaran oleh pihak polis mendapati motosikal sama digunakan oleh seorang wanita warga emas yang dilaporkan hilang pada 8 September lepas, namun pihak polis masih menunggu keputusan pihak forensik bagi mengesahkan identiti mayat tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, mayat tersebut dibawa ke Unit Forensik Hospital Selama esok untuk bedah siasat dan kes kini disiasat sebagai mati mengejut. - Bernama
Ringkasan AI
- Mayat wanita warga emas yang hilang sejak 8 September lepas ditemukan bersama motosikal di dalam parit di Kampung Tanjung Lengkong
- Operator jengkaut yang bekerja di kawasan itu jumpa mayat pada jam 11.45 pagi
- Pengadu terlihat motosikal dalam parit dan mendapati mayat berhampiran dalam keadaan reput
- Polis sedang menunggu keputusan forensik untuk pengesahan identiti mayat
- Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Selama untuk bedah siasat, kes disiasat sebagai mati mengejut
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
