Pelajar Tingkatan Empat dicekup berkhalwat di hotel

Penguatkuasa JAINJ menahan tiga pasangan termasuk pelajar sekolah dalam operasi di beberapa hotel di Kulai. Foto JAINJ
Penguatkuasa JAINJ menahan tiga pasangan termasuk pelajar sekolah dalam operasi di beberapa hotel di Kulai. Foto JAINJ
A
A
A

KULAI – Seorang pelajar perempuan tingkatan empat antara yang ditahan dalam operasi khalwat oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) di beberapa hotel di sini, malam Isnin.

Operasi bermula jam 10 malam hingga 3 pagi itu turut menahan tiga pasangan lain termasuk warga Indonesia dan Myanmar.

Jurucakap JAINJ berkata, pasangan pertama yang ditahan ialah lelaki dan wanita warga Indonesia berusia lingkungan 30-an, masing-masing bekerja sebagai pengawal keselamatan dan pengusaha kantin.

“Pasangan kedua pula melibatkan warga Myanmar berusia 30-an, lelaki bekerja sebagai pengawal keselamatan manakala wanita berkhidmat di sebuah kilang di Senai.

“Paling mengejutkan, pasangan ketiga yang diperiksa melibatkan seorang lelaki tempatan berusia awal 20-an yang bekerja di kilang bersama teman wanitanya berusia 16 tahun, masih bersekolah menengah,” katanya pada Selasa.

Menurutnya, pelajar terbabit diserahkan kepada ibu bapanya selepas proses jaminan, manakala semua pasangan lain dibawa ke pejabat JAINJ untuk siasatan lanjut.

Katanya, pencegahan perlu diberi penekanan termasuk melalui sesi penerangan kepada pelajar sekolah, kolej dan universiti bagi membendung gejala sosial dalam kalangan remaja.

Kes disiasat di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang pelajar perempuan tingkatan empat ditahan dalam operasi khalwat di Kulai
  • Operasi dijalankan dari jam 10 malam hingga 3 pagi turut menahan tiga pasangan lain termasuk warga Indonesia dan Myanmar
  • Pasangan pertama merupakan lelaki dan wanita warga Indonesia berusia lingkungan 30-an bekerja sebagai pengawal keselamatan dan pengusaha kantin
  • Pasangan kedua adalah warga Myanmar berusia 30-an, lelaki bekerja sebagai pengawal keselamatan dan wanita berkhidmat di kilang di Senai
  • Pelajar tersebut diserahkan kepada ibu bapanya dan semua pasangan lain dibawa ke pejabat JAINJ untuk siasatan lanjut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!