DMS berselawat himpun 500 peserta, bakal jadi acara tahunan

Ketua Pegawai Eksekutif DMS Motors, Datuk Mohamad Salim Abd Rahman (dua, kanan) bersalaman dengan sebahagian daripada pelajar yang menyertai Program DMS Berselawat pada Selasa.
Ketua Pegawai Eksekutif DMS Motors, Datuk Mohamad Salim Abd Rahman (dua, kanan) bersalaman dengan sebahagian daripada pelajar yang menyertai Program DMS Berselawat pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM – DMS Motors Sdn Bhd buat julung kali menganjurkan Program DMS Berselawat yang berjaya menghimpunkan lebih 500 peserta dalam suasana penuh barakah di sini, baru-baru ini.

Program berkenaan melibatkan pelajar daripada 10 sekolah tahfiz terpilih, pelanggan setia serta tetamu jemputan khas.

Bermula seawal jam 4 petang, majlis dipenuhi dengan pelbagai pengisian kerohanian termasuk bacaan 30 juzuk al-Quran, penyerahan sumbangan serta kemuncak selawat beramai-ramai dan tausiyah.

Sebahagian daripada pelajar tahfiz daripada 10 sekolah yang bersama-sama mengalunkan selawat.
Sebahagian daripada pelajar tahfiz daripada 10 sekolah yang bersama-sama mengalunkan selawat.

Ketua Pegawai Eksekutif DMS Motors, Datuk Mohamad Salim Abd Rahman berkata, program itu merupakan kesinambungan kejayaan DMS Raikan Ramadan 2025 yang berlangsung pada Ramadan lalu.

“Jika sebelum ini masyarakat mengenali DMS melalui majlis berbuka puasa dan sumbangan Ramadan, kini kami memperluaskan inisiatif dengan memberi tumpuan kepada selawat sebagai wadah kecintaan kepada Rasulullah SAW.

“Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan. Ramai hadir bersama keluarga, guru dan rakan-rakan pelanggan DMS. Insya-Allah, kami mahu jadikan acara ini tradisi tahunan, selain program Ramadan, agar masyarakat dapat menghayati nilai ibadah dan kebersamaan,” katanya.

Turut menyerikan majlis ialah ilmuan agama terkenal, Ustaz Ashraf Suarin dan Ustaz Iqbal Zain al-Jauhari, selain selebriti Nash dan Ebby Yus yang sebelum ini juga pernah terlibat dalam program anjuran DMS.

Artikel Berkaitan:

Dalam majlis sama, DMS turut mengumumkan pelancaran DMS Capital, iaitu sistem pembiayaan patuh syariah yang membolehkan pelanggan mendapatkan kemudahan kredit kenderaan tanpa bergantung sepenuhnya kepada bank.

Mohamad Salim (dua, kanan) bersama tetamu jemputan termasuk Ustaz Ashraf Suarin dan Ustaz Iqbal Zain al-Jauhari, selain selebriti Nash dan Ebby Yus yang menyerikan Program DMS Berselawat.
Mohamad Salim (dua, kanan) bersama tetamu jemputan termasuk Ustaz Ashraf Suarin dan Ustaz Iqbal Zain al-Jauhari, selain selebriti Nash dan Ebby Yus yang menyerikan Program DMS Berselawat.

Melalui inisiatif ini, DMS mampu mengeluarkan 30 hingga 40 unit kenderaan setiap bulan, sekali gus memudahkan pelanggan yang sukar mendapatkan pinjaman.

Selain itu, syarikat turut memperkenalkan DMS Care yang menawarkan perlindungan tambahan setiap pembelian kereta, termasuk jaminan enjin, gearbox, ECU dan beberapa komponen penting lain.

Dengan sokongan tiga bengkel milik DMS, pelanggan dijamin lebih yakin dengan tahap penyelenggaraan serta khidmat selepas jualan.

“Matlamat kami bukan sekadar menggerakkan perniagaan automotif, tetapi juga membina legasi yang memberi manfaat kepada masyarakat.

“Program seperti DMS Berselawat dan DMS Raikan Ramadan menambah nilai rohani, manakala DMS Capital dan DMS Care memberi kemudahan duniawi untuk pelanggan,” jelas Mohamad Salim.

Mohamad Salim (dua, kiri) gembira dapat beramah mesra dengan para pelajar sekolah tahfiz.
Mohamad Salim (dua, kiri) gembira dapat beramah mesra dengan para pelajar sekolah tahfiz.

Dengan sambutan luar biasa pada penganjuran sulung, DMS Berselawat diyakini bakal menjadi acara tahunan, bukan sahaja sebagai wadah kerohanian, tetapi juga simbol komitmen DMS menyantuni masyarakat dengan pendekatan seimbang dunia dan akhirat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!