Perobohan 43 jeti haram Sungai Golok bermula pertengahan Oktober

Notis pemberitahuan yang ditampal pada tali larangan rentas di jeti pangkalan haram. Foto Ihsan PGA. Gambar kecil: Mohd Yusoff
Notis pemberitahuan yang ditampal pada tali larangan rentas di jeti pangkalan haram. Foto Ihsan PGA. Gambar kecil: Mohd Yusoff
A
A
A

KOTA BHARU – Perobohan jeti pangkalan haram di sempadan Malaysia-Thailand di Sungai Golok di negeri ini akan dimulakan di daerah Pasir Mas pada pertengahan bulan depan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, pihaknya sudah mengenal pasti jeti pangkalan haram berkenaan.

“Perobohan membabitkan 43 pangkalan haram di Pasir Mas yang akan mula pada pertengahan bulan depan.

“Di daerah lain pula, tindakan akan dilaksanakan selepas itu,” katanya ketika ditemui pada Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri Kelantan sempena ulang tahun keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V ke-56 di Istana Balai Besar di sini pada Isnin.

Akhbar sebelum ini melaporkan terdapat keseluruhan 212 jeti pangkalan haram di Sungai Golok melibatkan daerah Pasir Mas, Tanah Merah dan Tumpat.

Sebanyak 153 daripadanya dibina di atas tanah milik kerajaan akan dirobohkan manakala selebihnya dalam tindakan undang-undang kerana berada di tanah persendirian.

Kerja-kerja pemasangan notis peringatan sedang dilaksanakan sebagai langkah budi bicara bagi memaklumkan bahawa tindakan perobohan akan dilakukan, walaupun tindakan serta-merta sebenarnya boleh diambil tanpa notis.

Dalam perkembangan berkaitan kegiatan sindiket penyeludupan minyak masak didalangi individu bergelar ‘Datuk John’ yang menggunakan laluan pangkalan haram, Mohd Yusoff berkata, siasatan lanjut masih dijalankan.

“Sempadan di Sungai Golok adalah panjang dan terbuka.

Artikel Berkaitan:

“Mungkin mereka mengambil kesempatan ketika anggota penguat kuasa sedang berehat dan memilih kawasan tertentu selain bot dari Thailand sentiasa bersedia untuk mengambil barangan dari sempadan kita bila-bila masa,” katanya.

 

 

Ringkasan AI

  • Perobohan jeti pangkalan haram di sempadan Malaysia-Thailand di Sungai Golok akan dimulakan di Pasir Mas pertengahan bulan depan
  • Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat mengumumkan pengenalpastian 43 pangkalan haram di Pasir Mas untuk dirobohkan
  • Total terdapat 212 jeti pangkalan haram di Sungai Golok, dengan 153 daripadanya dibina di atas tanah milik kerajaan akan dirobohkan
  • Notis peringatan sedang dipasang sebagai langkah budi bicara sebelum melakukan tindakan perobohan
  • Siasatan terhadap kegiatan sindiket penyeludupan minyak masak yang menggunakan laluan pangkalan haram masih dijalankan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!