ASM 3 isytihar agihan 4.75 sen seunit

ASNB mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM1.18 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2025.
ASNB mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM1.18 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2025.
A
A
A

SHAH ALAM - Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan untuk dana harga tetapnya, Amanah Saham Malaysia 3 (ASM 3) sebanyak 4.75 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2025.

Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu dalam satu kenyataan memberitahu, ASM 3 mengisytiharkan pengagihan pendapatan berjumlah RM896.01 juta sekali gus memanfaatkan 717,446 pemegang unit yang kini memiliki 19.16 bilion unit.

“Pengagihan pendapatan sebanyak 4.75 sen seunit mencerminkan keupayaan dana untuk mengekalkan tahap dividen yang sama dengan tahun kewangan sebelumnya, seterusnya mengukuhkan keyakinan pelabur terhadap prestasi dan kestabilannya.

“Dana ini juga telah mengatasi penanda aras pulangan Deposit Tetap 12 Bulan Maybank pada paras 2.40 peratus sebanyak 235 mata asas bagi tahun kewangan sehingga 24 September 2025,” katanya.

ASM 3 mengisytiharkan pengagihan pendapatan berjumlah RM896.01 juta sekali gus memanfaatkan 717,446 pemegang unit yang kini memiliki 19.16 bilion unit.
ASM 3 mengisytiharkan pengagihan pendapatan berjumlah RM896.01 juta sekali gus memanfaatkan 717,446 pemegang unit yang kini memiliki 19.16 bilion unit.

Pencapaian kukuh tersebut amat ketara di sebalik keadaan pasaran domestik yang mencabar dengan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) masih mencatatkan prestasi negatif setakat tahun ini.

Walaupun berdepan dengan ketidaktentuan pasaran, ASM 3 kekal berdaya tahan dan terus memberikan pulangan yang konsisten, mencerminkan kekuatan pendekatan pelaburan berdisiplin dan strategi jangka panjang PNB.

Pengagihan yang diisytiharkan oleh ASM 3 akan dilaburkan semula secara automatik sebagai unit tambahan ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Oktober nanti.

Artikel Berkaitan:

Urus niaga ASM 3 di semua cawangan dan ejen ASNB, termasuk semua saluran dalam talian dan perbankan internet, telah ditangguhkan buat sementara waktu dari 28 September hingga hari ini.

Pemegang unit boleh melakukan semula urus niaga di portal myASNB (www.myasnb.com.my) atau melalui aplikasi mudah alih myASNB atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara bermula 1 Oktober nanti.

Kempen Pandu Impianmu, Generasi Labur yang sedang berlangsung juga menggalakkan pemegang unit untuk melabur bagi merebut peluang memenangi kereta impian mereka.

Dengan pelaburan minimum sebanyak RM500 dalam mana-mana dana ASNB, pemegang unit berpeluang memenangi hadiah menarik termasuk kereta BMW i4 Gran Coupe (EV), BYD Atto 2 (EV), Ford Ranger XLT Plus dan banyak lagi.

 

 

Ringkasan AI

  • Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) umum pengagihan pendapatan 4.75 sen seunit untuk ASM 3
  • Pengagihan tersebut berjumlah RM896.01 juta kepada 717,446 pemegang unit
  • Dana ini mengekalkan kadar dividen sama seperti tahun kewangan sebelumnya dan mengatasi penanda aras pulangan Deposit Tetap Maybank
  • Prestasi ASM 3 kukuh walaupun pasaran domestik mencabar
  • Pengagihan akan dilaburkan semula sebagai unit tambahan pada 1 Oktober

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!